no2umno

"fitnah2" ke atas kerajaan Perak…!

In Belit BN Belit UMNO, Fitna on July 19, 2008 at 9:51 am

haninasution | ….Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Ke-12 pada hujung bulan lalu, mereka melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap Menteri Besar. Namun strategi serangan mereka memakan diri sendiri apabila isu yang mereka lontarkan disanggah oleh Menteri Besar dan pihak kerajaan. Di luar dewan, Dato’ Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan yang jelas bahawa dalam kerajaan Pakatan Rakyat tidak ada mana-mana parti yang mendominasi kerajaan. Beliau menegaskan bahawa setiap keputusan yang diambil dalam majlis mesyuarat kerajaan adalah dibuat secara konsensus. (rujuk kenyataan Pengerusi DAP Perak dalam akhbar The Sun 25 Jun 2008)

Pimpinan UMNO diketuai oleh Tajol Rosli dengan dibantu oleh media arus perdana pro-UMNO terus memainkan pelbagai perkara yang mereka putar belitkan sehingga dilihat sebagai isu yang mencabar kedudukan orang Melayu dan Islam di negeri Perak. Di antaranya, arahan pertukaran jawatan Dato’ Haji Jumry, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP) dalam tempoh 24 jam yang kemudiannya ditarik balik setelah mendapat nasihat pihak istana. Perkara ini mereka permainkan habis-habisan apabila Karpal Singh mengeluarkan kenyataan menegur raja-raja. Bagaimanapun isu ini selesai apabila DYTM Raja Muda Tuanku Raja Nazrin Shah selaku Pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak mengeluarkan kenyataan memuji sikap Menteri Besar dalam menangani perkara berkenaan dengan cara yang harmoni dan penuh kebijaksanaan.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: