no2umno

Istana T’ganu tidak anugerah darjah kebesaran

In Kerajaan Terengganu, Titah Sultan on July 19, 2008 at 11:57 pm

malaysiakini | Istana Terengganu, buat pertama kalinya, tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, esok.

sultan mizan zainal abidinSetiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong mengesahkan perkara itu melalui surat yang diterimanya dari istana berkenaan tetapi beliau tidak mengetahui sebab-sebab upacara itu tidak diadakan seperti sebelum ini.

“Sama ada selepas ini (esok) ada majlis penganugerahan darjah dan pingat kebesaran atau tidak, saya tidak pasti,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Jet Ski Asean Watercross Super Cup 2008 di Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu hari ini.… selanjutnya.

Sementara itu … menurut buletinonline,

//buletinonline.net/images/berita9/mercedestrg.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Kerajaan negeri telah membeli 14 buah kereta mewah tersebut dengan kos RM3.43 juta sebagai menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.

Walaupun setiap satu kereta Mercedes tersebut dibeli dengan harga RM245,000 dikatakan lebih murah dari harga pasaran, namun tindakan kerajaan Terengganu ‘kontra’ dengan arahan kerajaan pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.

Setiausaha kerajaan negeri Dato’ Mokhtar Nong menyatakan keputusan kerajaan membeli kereta baru tersebut telah dibuat beberapa bulan yang lalu.

Beliau berkata kerajaan membeli kereta tersebut adalah sebagai langkah keselamatan kepada para exco dan menjimatkan kos penyelenggaraan.
Kenyataan itu seolah-olah menafikan bahawa kereta buatan Malaysia Proton Perdana V6 yang dibeli pada tahun 2004 lalu, tidak lagi selamat dan merugikan jika terus digunakan. – Buletin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: