no2umno

Mercedez ke Datuk?

In Terengganu on July 20, 2008 at 11:56 pm

https://i0.wp.com/www.greece-athens.com/members_images/2340.jpg

Jenuh juga MB Terengganu nak menjawab soal pembelian Mercedez kepada semua pihak. Biar apa pun alasan, mentaliti rakyat kita, Mercedez itu adalah untuk bermewah mewah.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said hari ini mempertahankan tindakan kerajaan negeri membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri dalam usaha menjimatkan kos perbelanjaan tahunan.

Ahmad berkata, pembelian kereta itu menggunakan peruntukan yang disediakan sebelum ini dan bukan menggunakan wang royalti minyak.

“Ia tidak melibatkan royalti minyak. Bagaimana nak guna wang royalti minyak, kita masih belum menerimanya daripada kerajaan pusat,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung pembelian kenderaan bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri. – Bernama

V6 yang dah ada, baru 4 tahun umurnya, dan sibuk nak tukar kenderaan. Kalau hendak di banding dengan Selangor, Proton v6 yang masih di gunakan sekarang sudah 7 tahun umurnya. Ia nya masih terus di usung dek EXCO EXCO Selangor kesana kemari. Bila tengok EXCO guna mercedez, rakyat jeling jeling .. tapi,

sultan mizan zainal abidinSetiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong mengesahkan perkara itu melalui surat yang diterimanya dari istana berkenaan tetapi beliau tidak mengetahui sebab-sebab upacara itu tidak diadakan seperti sebelum ini.

“Sama ada selepas ini (esok) ada majlis penganugerahan darjah dan pingat kebesaran atau tidak, saya tidak pasti,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Jet Ski Asean Watercross Super Cup 2008 di Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu hari ini. – Malaysiakini

Bila Istana kata tak der anugerah, maka terpaksa lah Datuk MB Terengganu kita cari title ‘Dato Seri’ kat negeri lain. Kalau aku, antara ‘Mercedez’ atau ‘Dato’ Seri ‘, mana satu yang aku pilih?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: