no2umno

PAS-UMNO: Jangan Main Belakang

In Belit UMNO, PAS on July 20, 2008 at 3:26 pm

kickdefella | ….Dan kita semua masih ingat berapa ramai penyokong PAS yang gugur di tangan Kerajaan Pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional. Berapa ramai pemimpin PAS disumbat ke dalam ISA di bawah kerajaan yang sama.

Oleh yang demikian, sesuatu yang amat pelik dan mustahil untuk PAS menghantar wakil mereka bertemu dengan Abdullah atas dasar kepentingan Melayu dan Islam. PAS bukan Parti Melayu dan PAS dan rakan-rakan politiknya telah membuktikan mereka penegak Islam dan penegak hak agama-agama lain.

Mungkinkah Abdullah sebenarnya bermimpi didatangi oleh sekumpulan dua tiga orang lelaki berserban dan kopiah lalu menyangka mimpi itu sebenarnya benar-benar berlaku dan kerana mereka memakai serban dan kopiah maka mereka tentu dari PAS?

Atau mungkinkah Abdullah benar-benar telah bertemu dengan sekumpulan dua tiga orang lelaki yang membahasakan dirinya ‘ana’ dan memanggil Abdullah sebagai ‘anta’ dan memandangkan pertemuan ini telah berlaku sebanyak 3 kali maka Abdullah yakin mereka ini tentu adalah perwakilan tertinggi PAS.

Mimpi atau tidak, boleh jadi dua tiga orang lembaga berserban atau berkopiah dan berbahasa ‘ana’-‘anta’ ini sebenarnya satu senario dari filem P. Ramlee yang ditonton Abdullah sewaktu mencuri tulang.

Mungkin mereka penyamun dari filem Ali Baba Bujang Lapok atau Enam Jahaman yang masih belum dipangkah mukanya yang mencari Abdullah untuk main belakang bagi mendapat secebis harta pusaka warisan Negara dan bergelar Menteri.

Apa yang pasti, berdasarkan kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, sudah tentu sekali mereka yang datang menemui Abdullah melalui jalan belakang ini bukan mewakili PAS…. selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: