no2umno

PM diminta siasat cara Anwar ditangkap

In Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Belit POlis on July 20, 2008 at 3:25 pm

harakahdaily | …. Ini kerana, hasil pertemuan antara Perdana Menteri, dirinya dan Naib Presiden KeAdiLan, Azmin Ali beliau mengatakan tidak tahu menahu tentang tindakan polis seolah menangkap seorang penjenayah negara sebaliknya mendengar maklumat tangkapan daripada orang tertentu sahaja.

“Perdana Menteri diminta mengadakan siasatan segera tentang babak tangkapan yang dilakukan oleh polis bertopeng seolah-olah Dato’ Seri Anwar penjenayah besar. Sedangkan, memang beliau hendak ke balai polis sebagaimana yang dikehendaki cuma pulang ke rumah sekejap untuk mendapatkan sokongan moral keluarganya,” jelas beliau ketika ditanya tentang pertemuan dengan Perdana Menteri selepas tangkapan terhadap Dato’ Seri Anwar dibuat.

Beliau yang ditemui di majlis perasmian Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Bakap, Haji Maktar Shapee berkata, sebenarnya Perdana Menteri sendiri terkejut bila diceritakan kepadanya cara tangkapan dibuat kerana beliau hanya mendapat laporan sahaja bahawa Dato’ Seri Anwar di tahan.

Walaupun beliau mengatakan biar polis melakukan kerja mereka dan tidak mahu campur tangan namun beliau sebagai orang nombor satu negara harus mengetahui tindakan pasukan polis yang dianggap luar biasa.

“Sebagai seorang Perdana Menteri yang berwibawa dia kena tahu dari A hingga Z tangkapan dilakukan bukan sekadar dengar laporan Dato’ Seri Anwar ditahan dari seseorang,” katanya. … selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: