no2umno

Polis VS Mahasiswa…1- 0

In Anwar Ibrahim, Parti Mahasiswa on July 20, 2008 at 12:19 am

kampusnegara | …Mengaibkan! Itulah rumusan yang boleh dikaitkan dengan peristiwa penyuraian secara aman terhadap demontrasi yang cuba dilakukan kumpulan aktivis mahasiswa di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya lewat tengahari semalam.

Persoalan besar yang perlu ditanya, mengapakah dengan mudah suara mahasiswa disenyapkan dengan tindakan polis yang meminta mereka bersurai. Tiada tangkapan, simbahan asid mahupun pukulan cota dikenakan terhadap mahasiswa dalam demontrasi itu.

Benarlah telahan umum bahawa mahasiswa hari ini sudah hilang taringnya. Mahasiswa sudah beriman dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan juga suasana ‘complecent zone’. Aktivis mahasiswa masih takut untuk menjadi suara ketiga selepas kerajaan dan pembangkang. Mahasiswa ibarat hidup mati segan tak mahu.

Tindakan konkrit perlu difikirkan oleh pimpinan kampus, bukannya sekadar memikirkan masalah dalaman kampus dan dijaja ke peringkat luar. Kita perlu sedar bahawa aktivis mahasiswa sudah hilang nilai dan juga ketuanan mereka dalam memperjuangkan isu-isu rakyat dan kemahasiswaan.

Bercakap sekadar tidak kurang 3 minit dan selepas itu bersurai. Sememangnya kondisi ini sekiranya diceritakan kepada rakan-rakan kita di Indonesia, pasti akan ditertawakan oleh mereka. Ibarat langit dan bumi antara kita dengan mereka. Peristiwa penembakan di Universiti Trisakti dan juga di Jambatan Semanggi yang hanya dua kilometer dari Gedung Majlis Perwakilan Rakyat (MPR), jelas menggambarkan semangat jihad mereka dalam melawan kezaliman pemerintah…. selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: