no2umno

Streamyx Sial [3]

In Streamyx on July 20, 2008 at 12:28 am

kiriman

Saya turut mengalami masalah pada streamyx baru-baru ni.
agak panjang artikel ni..

Sejak 4 Julai 2008 yang lalu saya mengalami gangguan pada sambungan
Streamyx yang asyik putus-putus sejak modem terdahulu (Riger) yang
dibekalkan oleh TMnet telah terkena kilat pada 5 Mei 2008 lalu yang
menyebabkan ianya mengalami kerosakan. Kemudian pihak TMnet telah
menggantikanya dengan modem lain berjenama Billion. Pada peringkat
awal penggunaanya, saya tidak menghadapi, tetapi ianya semakin hari
semakin melembabkan akses saya ke talian internet.

Saya yang telah membuat aduan ketalian 100 yang pada mulanya mendapat
respon yang kurang menyenangkan daripada pihak TMnet bilamana pihak
egen yang diberikan tugas untuk mengenalpasti masalah sambungan yang
sering terputus-putus ini telah tidak menjalankan tugas dengan baik
dan GAGAL mengenalpasti masalah yang berlaku.

Dari sehari ke sehari, saya cukup sabar menunggu dan membuat laporan
ke talian 100, namun tindakan pihak TMnet yang sekadar mengambil
laporan dan sering berjanji untuk menyelesaikanya dengan segera
masalah, namun masih tidak lagi selesai. Kemuncaknya berlaku pada 16
Julai 2008 (semalam) bilamana saya yang telah mengadu hal kepada 2
orang Pengurus TMnet dan lebih daripada 10 operator telah memberi kata
dua kepada mereka samada menyelesaikan masalah gangguan pada sambungan
saya dalam masa 24 jam atau saya melaporkannya kepada pihak atasan
ataupun melalui akhbar.

Tak sampai 2 jam lepas tu, isteri saya memberitahu bahawa 10 orang
yang terdiri daripada kakitangan TMnet dan Telekom Malaysia berada di
rumah saya. Nak tau apa yang diaorang buat…?

Pegawai TMnet Center menghubungi saya pada hari itu, tak kurang 5~6
kali untuk memastikan kerja yang dilakukan oleh pekerja berjalan
dengan lancar.

Telekom Malaysia menggantikan tiang telefon yang senget dengan tiang
yang baru pulak tu. Kemudian mereka ganti kesemua “drop wire” dari
“main line” terus ke rumah saya…bagus la tu..walaupun saya tak
minta.

Manakala TMnet pula membuat pemeriksaan modem di dalam rumah
saya…then membuat pemeriksaan di “port” yang kemudiannya mereka
dapati ada berlaku kesilapan di dalam sambungan pada “port”.
Sepatutnya saya dapat sambungan “fiber” dan bukannya “copper”. itu
semua mereka dah betulkan..heh..heh..

Kemudian pagi ini (17 Julai 2008), seawal jam 9:30 pagi pula, agen
TMnet menghubungi dan saya untuk menggantikan keseluruhan unit modem
di dalam rumah iaitu modem, splitter dan LAN cable yang baru…
Kemudian bila saya pulang dari kerja saya terus test sambungan
streamyx…Wow…macam tak caya pulak…semuanya serba baru dan
sambungan ke streamyx bukan sahaja tak putus-putus lagi, malahan lebih
laju dari yang biasa….Hari ini je…pegawai TMnet telefon sebanyak 2
kali untuk memastikan saya berpuas hati dengan apa yang telah mereka
lakukan selama 2 hari itu.

Walaubagaimanapun beliau berjanji untuk follow-up beberapa hari akan
datang untuk memastikan tidak ada lagi sambungan terputus-putus.

Harap-harap lepas ni tak ada masalah lagi. Syabas dan sekalung tahniah
dan terima kasih kepada mereka (pekerja) yang telah menyelesaikan
masalah saya ini.

  1. Nak kene bawak ke pihak atasan baru leh setel. Memang Mangkok@sudu sbenonye telekom ni.Nk kene ketok baru nk gerak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: