no2umno

Anwar Ibrahim kata beliau diminta mengisi "borang mangsa rogol"

In Anwar Ibrahim on July 21, 2008 at 10:10 am

malaysiakini | Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau diminta mengisi “borang mangsa rogol” di hospital Kuala Lumpur minggu lepas sewaktu beliau dibawa polis untuk pemeriksaan dalam siasatan dakwaan meliwat pembantunya.

Katanya, beliau menurut sahaja arahan doktor dengan andaian ia sebahagian prosedur biasa dan memberi kerjasama penuh kerana bimbang media akan membesar-besarkan isu itu jika beliau enggan mengikut arahan.

Dalam sidang media selepas memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) tengah hari ini, Anwar juga menafikan “mempolitikkan” isu tersebut seperti dakwaan menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau mengulangi dakwaannya bahawa beliau ditelanjang sewaktu pemeriksaan doktor dan kemaluannya diukur.

Dalam perkembangan berkaitan, peguamnya Sivarasa Rasiah berkata hospital Kuala Lumpur “telah diperalatkan untuk mempertahankan” isu tersebut…. selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: