no2umno

Dah kalah baru UMNO nak pujuk PAS

In Belit Khir Toyo, Tempe on July 21, 2008 at 10:31 pm

Agendaselangor | Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo akhirnya mengakui ada perbincangan antara Barisan Nasional serta Umno dan PAS selepas pilihan raya umum lalu malah mencadangkan pemimpin PAS diberikan jawatan Menteri Besar dan timbalan serta empat kerusi Exco.

Bekas Menteri Besar itu sendiri menolak sebarang jawatan bagi mengelak dianggap menguasai Exco yang bakal dibentuk andainya wujud kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PAS di Selangor bagi membentuk kerajaan negeri.

Dalam blognya, Dr Mohamad Khir menyatakan kegembiraan bila mendengar sudah ada perbincangan di antara kepimpinan Melayu dalam Umno dan PAS.

“Kegembiraan ini kerana inisiatif ini telah saya mulakan di Selangor sebaik sahaja berakhir Pilihan raya Umum ke 12 yang lalu.

Saya telah mencadangkan agar diadakan satu kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional di Selangor,” ujarnya.

Dr Mohamad Khir menjelaskan, beliau telah membawa pemimpin tertinggi Pas bermuzakarah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya juga mencadangkan agar PAS diberi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar serta 4 Exco. Malahan saya menolak sebarang jawatan bagi mengelakkan dianggap menguasai Exco yang bakal dibentuk,” katanya…..selanjutnya.

no2umno – Siapa yang masih percaya Khir Toyo? Perbincangan adalah usaha memujuk PAS untuk berpaling tadah. Antara TG Nik Aziz dan Khir Toyo …. mana yang PAS pilih? Aku? …….. Khir Toyo? Tak payah la. Buang masa. Dah kalah, baru terhegeh hegeh nak pujuk PAS. Masa menang dulu? …. Sikit pun tak pandang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: