no2umno

Kisah Tony Fernandes dan laman facebook

In Air Asia scandal on July 21, 2008 at 10:21 am

klpos | APABILA seorang pelanggan AirAsia belum mendapat bayaran balik daripada syarikat penerbangan tambang rendah itu, beliau menghantar pesanan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia, Datuk Tony Fernandes, menerusi laman sosial di Internet, Facebook.

Tanpa membuang masa, Datuk Fernandes menjawabnya, meminta nombor rujukan dan memastikan masalah itu diselesaikan.

Datuk Fernandes merupakan antara lebih 31 juta pengguna Facebook di seluruh dunia.

Apa yang bermula sebagai inisiatif peribadi secara tidak langsung telah membuka satu laluan baru untuk orang ramai, termasuk pelanggan AirAsia, untuk berinteraksi dan memberikan maklum balas.

‘Apabila mendengar kakitangan berbual mengenai Facebook, saya tertarik dan hendak memastikan saya selari dengan peredaran masa.

‘Jadi saya memulakan akaun dan dari situ bertemu dengan ramai rakan lama dan juga rakan baru,’ kata Datuk Fernandes ketika diwawancara menerusi panggilan jarak jauh, baru-baru ini.

Menerusi Facebook, kenalannya di laman sosial itu telah memberikan kata-kata rangsangan mengenai AirAsia, meminta nasihat beliau mengenai perniagaan malah menawarkan saranan perniagaan.

‘Tetapi pertanyaan yang sering saya dapat di Facebook adalah: Adakah anda benar-benar Tony Fernandes? Ramai yang ingatkan akaun itu milik seorang penyamar,’ ceritanya lagi…. selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: