no2umno

Sudahlah tu Ezam…

In belit ezam on July 21, 2008 at 12:12 pm

harakah | Sebenarnya saya terlalu meluat dengan gelagat mantan Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Noor yang kini telah pun diterima menjadi ahli Umno dengan bersyarat.

Beliau kini persis bak ‘dubuk Afrika’ yang baru keluar dari sangkar membongkar segala bentuk ‘penyelewengan’ yang kononnya dilakukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat khususnya di Selangor.

Gelagat beliau amat keterlaluan mengalahkan pak-pak Menteri BN yang sepatutnya menjaga hal ehwal Badan Pencegah Rasuah (BPR). Dedah sana, dedah sini, tapi akhirnya tidak diketahui kesudahan pendedahan Ezam itu.

Paling nampak dan ketara sekali adalah dalam gerak gempur beliau di program-program anjuran Umno yang tidak habis-habis menceritakan keburukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dahulunya beliau julang dan kagumi.

Soalnya, apa sudah jadi dengan dakwaan rasuah beliau terhadap tokoh-tokoh Umno seperti Dato’ Seri Rafidah Aziz, Dato’ Seri Shahidan Kasim, Tun Khalil Yaakob, Dato’ Hassan Ahmad, Dato’ Seri Abdul Rahim Tamby Chik dan tidak ketinggalan mantan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohd Khir Toyo?

Dimanakah disembunyikan enam kotak dokumen bukti rasuah para pemimpin Umno dan BN yang Ezam sebut-sebutkan sekian lama? Sudah bersihkah Rafidah Aziz daripada tuduhan rasuah selepas Ezam sendiri dipenjarakan kerana mendedahkan dokumen sulit pendakwaan Rafidah?

Bagaimana dengan bukti rasuah membabitkan seorang Menteri Besar yang Ezam megah-megahkan ketika memimpin Gerak? … selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: