no2umno

Ana-Anta Terliwat Di Jalan Bellamy

In Muzakarah PAS UMNO on July 22, 2008 at 4:25 pm

kickdefella | Mengapa PAS dan UMNO mahu hidup berdua dan mati bersama? Jawapannya ialah demi Islam dan demi Melayu. Tetapi itu semua hanya akademik sahaja, sedangkan agenda sebenarnya ialah untuk menyelamatkan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Apa yang telah menjadi bukti ialah pengakuan kedua-dua pihak yang mereka telah berasmara didalam satu siri orgi politik di luar aturan tabii. Lantaran kerjasama PAS dan UMNO jika berlaku adalah ibarat membunuh dua ekor burung dengan satu batu. Abdullah dan Najib akan mendapat bantuan hayat dan gagah semula lantaran menamatkan kritikan ke atas kepimpinannya dan PAS akan berderai seperti kaca jatuh ke batu.

Lantas bibit-bibit awal itu sudah menekan kudrat Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk berkata, “Saya tidak akan bercakap pasal Muzakarah lagi selepas hari ini.”

Sebelum itu Nik Aziz berkata, sebarang muzakarah antara PAS dan UMNO perlu dihentikan segera dan jika tidak, PAS akan berpecah belah.

Apa gunanya Melayu gagah semula dan Islam bersatu jika ia tetap dipayungi oleh seorang pemimpin yang lemah? Selama manakah Melayu dan Islam akan bertahan dibawah kepimpinan yang lemah.

Kalau begitu banyak masa terluang untuk muzakarah maka bermuzakarah sahaja dengan PKR dan DAP tentang konsep pentadbiran negara Islam. Mengapa tidak diterangkan dengan jelas betapa agungnya dan betapa adilnya pentadbiran berlandaskan Islam. Bukankah itu dakwah yang lebih hebat?

Dan PAS juga boleh mendengar konsep keadilan dan ketelusan yang diperjuangkan oleh DAP. Kemudian satu titik tengah boleh dicapai.

Karpal Singh pernah berkata, langkah mayatnya dulu sebelum PAS mahu menubuhkan negara Islam. Tetapi orang-orang PAS tidak pernah melangkah mayat Karpal Singh dan Karpal Singh tidak pernah melakukan apa-apa untuk menyekat PAS dari melaksanakan konsep pentadbiran Islam di Kelantan.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: