no2umno

Bapa Saiful cabar Anwar Ibrahim – tidak ada hubungan dengan Ezam/ Kata Raja Petra

In Anwar Ibrahim, Raja Petra on July 22, 2008 at 4:22 pm

umnoreform | ….“Anak saya mengambil sikap berani kerana benar dan beliau tanpa sebarang masalah memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu polis melakukan siasatan. “Anak saya juga menyatakan kesediaan dan kesanggupannya pada bila-bila masa untuk bersumpah mengikut cara Islam di hadapan ulama di mana-mana masjid demi menegakkan kebenaran, tetapi biarlah setelah polis selesaikan siasatan.

“Demi membela Mohd Saiful, saya dan keluarga menuntut dengan setegasnya supaya individu yang terbabit turut memberi kerjasama sepenuhnya dalam penyiasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Kenyataan lima perenggan itu dibacakan peguamnya, Zamri Idrus, pada sidang media di sini. Turut hadir bapa saudara Mohd Saiful, dikenali sebagai ‘Uncle Pet’. Ini kali pertama keluarga Mohd Saiful mengeluarkan kenyataan sejak laporan polis mengenai kes liwat itu dibuat pada 28 Jun lalu.

Dalam laporannya, Mohd Saiful, 23, mendakwa Anwar meliwatnya di Kondominium Desa Damansara di sini pada 26 Jun lalu. Sambil menyatakan kesedihannya berhubung kejadian yang menimpa anaknya, Azlan berkata: “Mohd Saiful berkali-kali memberitahu saya dan keluarga kami bahawa beliau bertindak begini kerana kebenaran dan berdoa kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran itu.

“Yang terpenting, saya dan keluarga memohon kepada pihak berwajib membawa individu terbabit ke muka pengadilan secepat mungkin.” Sementara itu, Zamri yang dilantik oleh keluarga Mohd Saiful sejak dua minggu lalu, mengesahkan anak guamnya kini dalam keadaan baik di bawah perlindungan polis. Beliau turut menafikan Mohd Saiful seorang homoseksual dan mempunyai hubungan dengan bekas pemimpin kanan PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor serta beberapa orang kenamaan atau dibayar pihak tertentu. “Isu gambar Mohd Saiful dengan beberapa menteri tidak sepatutnya timbul kerana ketika itu, beliau adalah seorang pemimpin pelajar. “Gambar yang dirakamkan itu tidak ada kaitan langsung dengan kes ini dan ia tidak memberi sebarang makna kerana hanya sekeping gambar kaku,” katanya. Uncle Pet pula berkata sebagai orang Islam, mereka sekeluarga menyerahkan kepada Allah dan yakin kebenaran akan diketahui suatu masa nanti…. selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: