no2umno

Pemimpin UMNO sudah menjadi pegawai penyiasat?

In Anwar Ibrahim, Belit BN Belit UMNO, vk lingam on July 22, 2008 at 4:08 pm

 tranungkite | ….Terbongkarnya pita video VK Linggam telah meruntuhkan maruah perundangan dan kehakiman negara kita di seluruh dunia. Bagaimana seorang ‘tauke judi’ dan ‘peguam mabuk’ boleh menentukan siapa yang boleh berada dalam hierarki kehakiman negara dan siapa yang perlu disingkirkan, amat memalukan! Malah mereka juga berkuasa untuk membuat penghakiman untuk kes-kes berprofil tinggi. Siapa yang membiarkan perkara ini berlaku? anda semua tahu.

Lihat sahaja kes liwat DSAI pada 1998, bagaimana hakim boleh mengabaikan begitu banyak percanggahan fakta dan bukti dan akhirnya DSAI dikurung selama 6 tahun sehinggalah Pak Lah mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Segala kesalahan yang disabitkan keatas DSAI telah digugurkan dan beliau dibebaskan. Ramai percaya ada individu tertentu yang mengarahkan DSAI dibebaskan.

Siapa? anda semua tahu. Hari ini laporan Suruhanjaya yang menyiasat kesahihan pita video Linggam telah tersimpan elok didalam fail tanpa apa-apa tindakan susulan oleh kamar Peguam negara. Kes yang sebegitu besar yang melibatkan maruah negara boleh diabaikan begitu sahaja, apa sudah jadi? Dunia luar terutamanya Singapura tersenyum sinis dengan apa yang berlaku didalam sistem negara kita yang diibaratkan sebagai ‘sarkis’ oleh mereka. Hanya seorang yang mengarahkan singa, gajah, harimau dan monyet untuk mengikut apa disuruh.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: