no2umno

Pemuda PAS Kelantan dakwa taktik Umno, Zahid gesa bersikap terbuka

In Belit BN Belit UMNO, Muzakarah PAS UMNO on July 22, 2008 at 10:11 am

MStar | Dewan Pemuda PAS Kelantan menganggap muzakarah antara parti itu dan Umno hanyalah satu agenda Umno untuk mengheret PAS dalam menangani masalah dalaman Umno.

Ketuanya, Mohamad Zaki Ibrahim mempersoalkan kenapa baru sekarang pemimpin Umno sibuk dengan isu muzakarah sedangkan perbincangan seperti itu telah dicadangkan oleh PAS sejak sekian lama tetapi tidak pernah disambut oleh Umno.

“PAS pernah menghantar surat rasmi kepada Umno untuk mengadakan muzakarah tapi tidak disambut oleh Umno. Kenapa semasa Umno kuat suatu ketika dahulu pemimpin mereka tidak menyambut cadangan muzakarah oleh PAS,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.

Mohamad Zaki mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam yang meminta muzakarah dengan Umno agar dihentikan kerana ianya akan memecahbelahkan PAS.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan dua lagi pemimpin parti itu dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, dan menurut Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang, perbincangan itu mendapat restu Majlis Syura parti itu.

Mohamed Zaki berkata, bagi Pemuda PAS Kelantan muzakarah itu adalah satu tindakan licik politik Umno di saat ia sedang “nazak” untuk mengheret PAS agar samasama merasai masalah dalaman Umno.
Beliau berharap pemimpin PAS sentiasa bersabar dan mengambil kira pandangan akar umbi sama ada perlu berunding dengan Umno atau tidak…. selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: