no2umno

Ada yang tak sabar

In alihkuasa on July 23, 2008 at 4:21 am

Pelan kuasa Abdullah-Najib perlu dipercepat Disember ini
Mstar | ….”Kita menyokong peralihan kuasa itu, namun tempoh dua tahun itu terlalu jauh dan kita bimbang ianya tidak memberi ruang yang cukup kepada Datuk Seri Najib untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Indera Mahkota merupakan salah satu daripada 14 bahagian yang terdapat di Pahang.

Faisal berkata, sekalipun Umno bahagian itu menyokong sepenuhnya kepimpinan Abdullah dan tetap akan mencalonkan beliau sebagai Presiden Umno dan Najib sebagai timbalan untuk pemilihan parti itu, namun peralihan kuasa itu sebaiknya dilakukan selepas pemilihan itu berlangsung Disember ini.

“Sekalipun ini pendapat peribadi saya, namun inilah yang kita dapat maklumat balas dari peringkat akar umbi yang mahu Umno kembali kukuh sebagai wadah perjuangan bangsa, agama dan negara,” katanya.

Mengenai mesyuarat cawangan di bahagian itu, Faisal berkata, tujuh daripada 59 cawangan di bahagian itu telahpun mengadakan mesyuarat perwakilannya baru-baru ini.

Kata Faizal, beliau akan mempertahankan jawatannya sebagai ketua bahagian itu pada pemilihan November ini.

Semalam, Najib berkata, usul oleh sebuah cawangan Umno di Pahang mencalonkan beliau sebagai Presiden Umno tidak menjejaskan komitmennya terhadap pelan peralihan kuasa melibatkan beliau dan Abdullah Ahmad Badawi pada Jun 2010.... selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: