no2umno

Akibat sokong pembangkang, kontraktor disenarai hitam

In Belit BN Belit UMNO on July 23, 2008 at 4:10 am

harakah | …Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan mendakwa seorang Ahli Parlimen Umno di Johor telah menulis surat kepada seorang jurutera sebuah agensi kerajaan agar menyenaraihitamkan kontraktor yang menyokong pembangkang.

Semasa mencelah ucapan Dr Mohd Puad Zarkahsi (BN-Batu Pahat) dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan pada 16 Julai lalu, Gobalakrishnan berkata, “Saya ada satu surat di mana ditulis oleh seorang Melayu kepada jurutera daerah yang berbangsa Melayu, kononnya surat ini menyatakan dengan segala hormatnya, pendaftaran Kontrak Kelas F, (Melayulah), di atas dirujuk.

“Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama-nama kontraktor yang sudah kami semak dan perlu disenaraihitamkan kerana mereka adalah penyokong dan bersimpati kepada PartiPembangkang,” kata Gobala memetik salinan surat yang diperolehinya itu.

“Ini adalah surat daripada Yang Berhormat Batu Pahat. Jadi adakah Yang Berhormat Batu Pahat menafikan ini? Ini Yang Berhormat Batu Pahat seorang Melayu, mahu senarai hitamkan kontraktor-kontraktor Kelas F, kesemuanya kontraktor Kelas F, mereka adalah orang-orang Melayu. Jadi, apa surat ini?,”soalnya. … selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: