no2umno

INFLASI 7.7% : PAK LAH PECAH REKOD BARU?

In Dollah Pening, Inflasi on July 23, 2008 at 2:06 pm

nuraflah | Bloomberg Asia hari ini melaporkan, kadar inflasi negara pada bulan Jun 2008 ialah sebanyak 7.7% dan sekaligus mencatatkan rekod tertinggi sejak 26 tahun lalu.

Kenaikan inflasi yang mendadak ini sekaligus mencetuskan spekulasi yang Bank Negara akan menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat.

Datuk Shahrir Samad, Menteri di KPDN&HEP dipetik sebagai berkata :

“Indeks Harga Pengguna untuk bulan Julai turut dijangka akan melebihi 7% dan berkemungkinan besar, Malaysia akan mengikut cara Thailand dan Indonesia yang sudahpun menaikkan kadar faedah mereka.”

Bila ditanya bilakah kerajaan akan menaikkan kadar faedah, Shahrir berkata :

“50-50 dalam minggu ini dan jika tidak, mungkin pada Ogos ini”

Kali terakhir Malaysia mencatatkan kadar inflasi melebihi 6% ialah pada tahun 1998 dan pada waktu itu, kadar OPR semalaman negara telah dinaikkan sehingga 11%.

Setakat ini, Vietnam adalah negara yang mencatatkan kadar faedah tertinggi di rantau Asia iaitu setinggi 14% sejak bulan lalu.…selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: