no2umno

Main Belakang, Dollah Dah Sakit Belakang

In Dollah Pening on July 23, 2008 at 11:52 am

kickdefella | Abdullah menyangkakan aksi asmaradananya dengan rakan Ana-Anta boleh sampai melahirkan zuriat, rupa-rupanya, setelah sakit belakangnya bekerja mengeraskan dirinya siang dan malam menahan tidur, barulah Abdullah terngadah diatas kemandulan perhubungan itu.

Abdullah akhirnya terpaksa merayu-rayu seperti P.Ramlee didalam filem Penarik Beca sambil menyanyi-nyanyi, “Engkau laksana Bulan, tinggi di atas Jalan Raja Laut….”
Setelah beberapa rangkap, Abdullah tersedu-sedu cuba menahan pilunya, tetapi terus berusaha menyanyi meluahkan keperitannya, “Mengapa ku disiksa, mengapa kita bersua… berjumpa dan bercinta… tetapi menderita….”

Sementara itu, dibawah bulan mengambang yang sama, Ana-Anta berjalan-jalan dijalan belakang sambil menghantar sms, “Abdullah… kita tidak dapat bertemu lagi Abdullah…”

Maka meracau-racaulah Abdullah sendirian sambil diperhatikan oleh Jeanne di jemboran, “Ooo jangan tinggal daku, oh Bulan ku oh kekasihku….”

Dan setelah habis meratah lagu Jangan Tinggal Daku dari filem Parti Pembangkang Ku oops silap, filem Ibu Mertua Ku, Abdullah masih tak henti menyanyi, “Bendera kamu yang hijau, lambang kamu yang bulat, bikin situa macam ku jadilah gila….” mengikut rentak lagu Azizah.

Begitulah nasib malang yang menimpa pemimpin negara Abdullah Ahmad Badawi. Ketamakan kuasanya membutakan matanya terhadap kebencian ahli-ahli partinya sendiri. Tekanan dari akar umbi memaksa Majlis Tertinggi UMNO membincangkan satu pelan peralihan kuasa supaya kebencian terhadap Abdullah reda buat seketika, setidak-tidaknya sehingga tamat mesyuarat agung bahagian-bahagian UMNO.

Maka, Abdullah sendiri sudah hilang tempat bergantung terpaksa merayu supaya dibenarkan menjadi Presiden sehingga pertengahan tahun 2010. Bagaimanapun didalam gelap-gelita, Abdullah meninggalkan pintu belakang terbuka luas supaya cahaya Bulan dapat masuk menerangi dirinya yang dalam kegelapan apabila menyedari pelan peralihan kuasanya ditolak oleh akar umbi.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: