no2umno

Oh Terengganu Negeriku!

In Terengganu on July 23, 2008 at 11:40 am

azzlie | Sekali lagi tidak!! Tidak!! Dan tidak!!! Sesak nafas hari ini. Mula-mula tak rasa nak ulas, tapi bila melibatkan negeri tanah tumpah darahku nak juga ulas. Walaupun sedikit terlambat dan sudah kurang panas isu ini, itu bukan tujuan yang dituju. Memperhalusi justifikasi yang diberi itulah yang dicari.

Bila kerajaan negeri Terengganu mengistiharkan membeli 14 buah Mercedes E200 Compressor, kepala ini tidak dapat melihat di mana kebaikan yang cuba diberikan kepada rakyat. Dengan keadaan rakyat yang makin menyempit angkara kenaikan harga minyak dan harga barang, ini bukanlah masa untuk bermewah-mewah dan membazir-bazir. Waima, kesan inflasi yang besar sudah mulai terasa sedikit demi sedikit.

Dulu tiada wang royalti, cuma ada wang ehsan. Dalam keadaan itupun, pembaziran yang dibuat langsung tidak ditapis-tapis. Seperti diwar-warkan oleh bekas menteri besar sebelum ini, rakyat Terengganu akan melihat pembangunan yang tidak pernah dilihat dek mata. Memang betul. Tak pernah lagi tengok pembaziran sedemikian rupa. Monsoon Cup dan Masjid Kristal. Langsung tiada faedah apa-apa. Projek yang tak nampak dek mata pula tak taulah banyak mana…. selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: