no2umno

Bandar Tun Razak?

In Anwar Ibrahim on July 24, 2008 at 5:27 am

klpos | …Sumber memberitahu KLpos.com Parlimen Bandar Tun Razak yang kini di sandang oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok dikhabarkan akan dikosongkan pada bila-bila masa dari sekarang.

Ini berikutan PKR mahu memberi laluan kepada penasihatnya untuk bertanding di parlimen tersebut.

Menurut sumber dari PKR Bahagian Bandar Tun Razak, mesyuarat tergempar telah pun diadakan beberapa hari lepas bagi membincangkan gerak kerja untuk menghadapi pilihanraya kecil tersebut.

Lebih menguatkan spekulasi tersebut, KLpos.com diberitahu satu ceramah umum Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diadakan pada malam 26 Julai ini (Sabtu) di Desa Petaling, Kuala Lumpur.

“Anwar dijangka akan umumkan penyertaan beliau dalam pilihanraya kecil Parlimen Bandar Tun Razak pada malam itu” kata sumber terbabit.

Pada pilihanraya umum ke-12 8 Mac lalu, calon PKR Khalid Ibrahim berjaya mendapat undi sebanyak 28,123 mengalahkan calon BN dari MCA Datuk Tan Chai Ho yang mendapat undi sebanyak 25,608 dengan majoriti 2,515 undi.

Tan Chai Ho memenangi kerusi parlimen tersebut sejak 1999 dan pada 2004 beliau mengalahkan calon PKR Dr Rosli Ibrahim dengan majoriti 17,527 undi.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: