no2umno

Naikkan harga petrol untuk wujudkan macam-macam subsidi…

In Minyak naik on July 24, 2008 at 5:36 am

marhaen | …Sebelum ini kerajaan memberikan rebet tunai kepada pemilik kenderaan kereta RM625.00 dan motosikal RM150.00. Teksi, bas dan lori juga dikatakan akan diberikan harga minyak subsidi iaitu harga sebelum kenaikan 40%. Khabarnya banyak lagi program yang akan dibuat oleh kerajaan kononya bagi membantu rakyat supaya tidak telalu parah kesan dari menaikkan harga minyak tempohari.

Kalau tengok dari sisi depan nampak cukup bagus, nampak betul kerajaan perihatin rakyat. Tapi kalau pandang sisi, nampak betul tindakan yang dibuat kurang masak. Kita yang naikkan sendiri harga minyak, kita sendiri yang cari jalan mengurangkan beban kenaikan! Macam cerita Pak Pandir.

Kerajaan yang buat rakyat sakit, kemudian kerajaan juga cuba mencari ubat dan penawarnya. Kalut betul. Bermacam cara dan kaedah yang mahu dibuat. Semuanya itu hanya langkah sementara. Tidak akan boleh kekal. Beri rakyat ikan bukan batang kail. Ubat tahan sakit sahaja, panadol. Itu pun panadol tiruan yang dicampur gandum!!!

Cara yang tidak masak. Kaedah yang dibuat pun tidak masak. Doktor yang merawat orang sakit pun bukan doktor pakar. General practioner saja. Itupun yang dapat sijil palsu, dari India ke mana ke?

Kita harap kerajaan carilah doktor pakar yang dapat mencari punca penyakit bukan hanya mencari tempat sakit. Kalau hanya pandai cari tempat sakit, bagi ubat tahan sakit atau terus potong tempat sakit-penyakit akan berulang selagi punca penyakit tidak diubati.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: