no2umno

Batu Puteh: Gani Patail tak boleh harap

In batu puteh on July 25, 2008 at 4:12 am

Aku tak hairan kalau Batu Puteh terlepas ke tangan Singapura. Sekarang diorang nak lebih lagi. Kalau percaya pada Singapura, macam kita percaya pada Israel. Hari ni cerita lain esok cerita lain. Kita harap Gani Patail dapat menjadi wakil yang bertanggung jawab kepada negara. Tapi harap pada Gani Patail macam berharap pada tunggul.

Apa yang kita ada cuma Peguam Negara Gani 4 tahil dan professor kita kategori Nordin Kordi. Kalau sampah pun kita sanjung, maka tergadai lah semua harta negara.

Kita perlu berharap pada orang yang lebih bertanggung jawab seperti Zaaba ….

Zaaba berkata beliau sehingga kini masih lagi menerima maklumat daripada pelbagai sumber di Johor tentang dokumen-dokumen bersejarah termasuk surat pada 1844 yang dipegang oleh beberapa individu.

Bagaimanapun, menurut Zaaba, oleh kerana beberapa sebab tertentu, beliau menaruh keyakinan yang amat tinggi bahawa surat penting 1844 oleh Gabenor Butterworth yang beribu pejabat di Singapura pada ketika itu, masih disimpan di republik itu ketika ini.

Satu daripada sebab di sebalik keyakinannya itu adalah kerana Singapura yang diperintah oleh British, menerusi muzium dan arkibnya, telahpun mempunyai sistem simpanan dan penjagaan dokumen-dokumen yang baik pada ketika itu, katanya.

Beliau juga berkata satu usaha juga perlu dilakukan untuk bertemu dan meminta bantuan daripada waris-waris Kesultanan Johor yang masih tinggal di Singapura untuk mengesan surat itu.

Menurutnya beliau dimaklumkan bahawa waris keturunan Kesultanan Johor yang masih tinggal di Singapura masih menyimpan pelbagai dokumen bersejarah yang berkemungkinan boleh membantu Malaysia menuntut semula haknya terhadap Batu Puteh. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: