no2umno

Dunia sedar ianya KONSPIRASI

In Anwar Ibrahim, Belit BN Belit UMNO, fitnah 2 on July 25, 2008 at 2:30 pm

Ada yang marah bila dunia campur tangan di dalam kes melibatkan bakal Perdana Menteri Malaysia, DS Anwar Ibrahim kali ini. Isu lebih kurang, sandiwara yang sama, pengarah yang serupa. Orang dah muak. Di dalam Malaysia, rakyat sudah lihat semuanya bagaikan ulang tayang kepada peristiwa tahun 1998.

Untuk kali kedua nya, Anwar mahu di tangkap, di bicara dan akhirnya lepas apabila tiada kes yang bersangkutan. Ada pihak yang mahu, Anwar menghabiskan masa bercakap dengan dinding batu selama mungkin. Kalau sebelum ini, 6 tahun di penjarakan, mungkin usaha terbaru ini lebih lama lagi. Berangan ke?

Dan ini antara media yang marah kerana komen dari dunia luar tentang cerita karut terbaru, Sinetron LIWAT 2.

Campurtangan antarabangsa dalam kes dakwaan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya semakin menjadi-jadi. “Hakim-hakim” antarabangsa sudah buat keputusan ikut penilaian mereka diketika polis masih belum lagi selesai siasatan keatas kes yang kontroversial itu.Hari ini agensi berita AFP melaporkan dari Paris tiga bekas orang kenamaan di arina antarabangsa membuat kenyataan bersama mendesak Malaysia gugurkan dakwaan sodomi keatas Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.Ketiga-tiga yang dikenali sebagai kenalan Anwar itu ialah bekas Perdana Menteri Kanada Paul Martin, bekas CEO Bank Dunia James Wolfensohn, and dan bekas CEO Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Michel Camdessus – Agendolbedol.

Anak aku yang sekolah rendah pun ketawa melihatnya, ini kan pula orang dewasa mahu di perbodohkannya. Weyyyy … bro, cari cerita lain la. Bosan ……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: