no2umno

Isu kereta rasmi – Mohd Sabu beri amaran kepada kerajaan negeri BN dan Pakatan Rakyat

In kereta exco on July 25, 2008 at 6:54 am

harakahdaily | ….”Saya ingin mengingatkan kerajaan negeri, sama ada BN atau Pakatan Rakyat, sama ada mereke hendak guna Mercedes Benz atau Proton Perdana, mereka tidak harus sesekali membazirkan wang rakyat,” tegasnya dalam suatu kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau berkata demikian dalam reaksinya terhadap kos penyelenggaraan yang tinggi ke atas kereta rasmi kegunaan Exco Kerajaan Negeri Terengganu sebagaimana yang didedahkan media sekarang ini.

Pendedahan dibuat oleh kerajaan negeri Terengganu mengenai kos penyelenggaraan yang tinggi Proton Perdana, turut diakui kerajaan negeri Pahang, Kelantan, Kedah dan Selangor.

Penggunaan kereta Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi, dilaksanakan kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau pun Negeri, selaras dengan dasar kerajaan untuk mengutamakan kenderaan keluaran nasional.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini banyak kerajaan negeri terpaksa menimbang semula dasar tersebut akibat kos penyelenggaraan kereta nasional yang amat tinggi.

Dalam reaksinya mengenai kos penyelenggaraan yang tinggi, Naib Presiden PAS itu berkata, beliau bimbang wujud penyelewengan atau ketidaktelusan dalam tuntutan kos-kos yang berkaitan. … selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: