no2umno

Mat Tyson … selamatkan UMNO dulu

In MAT TYSON MAT THAILAND on July 25, 2008 at 4:26 am

Harakah | …. “Nasihat saya kepada Tan Sri Muhammad ialah untuk menumpukan perhatian menyelamatkan partinya yang sedang menuju kehancuran tanpa cuba menggunakan Parti lain untuk membantunya. Kerajaan Umno yang mereput tidak boleh diselamatkan dengan ‘gimmick’ seperti itu,” ujarnya.

Demikian kata Husam dalam ulasannya yang diedarkan melalui http://www.husammusa.com semalam.

Ujar beliau, langkah seterusnya bagi Pakatan Rakyat ialah bagi Ketua Umum KeADILan, Dato� Seri Anwar Ibrahim, bertanding di dalam pilihan raya kecil dan dari situ, sikap Umno boleh diukur nanti.

“Kemenangan Anwar boleh menggugat Abdullah dan Umno. Untuk itu, lebih baik Umno menguruskan kusut masai parti mereka tanpa melibatkan orang lain,” katanya.

Sementara itu Husam turut memaklumkan bahawa ramai pihak bertanya berhubung perbezaan antara muzakarah dan muqabalah.

Ujarnya, keputusan Majlis Syura dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kota Bharu baru-baru ini cuba dikelirukan oleh media.

“Padahal ia cukup jelas. Perbincangan atas dasar peribadi pemimpin PAS dengan pemimpin tertinggi Umno dibolehkan.

“Namun Majlis Syura berperanan memberi pandangan hukum. Pertimbangan politik samada hendak izinkan atau tidak adalah semata mata pertimbangan politik, kecuali yang terserempak dimana-mana sudah tentu tidak munasabah untuk diambil kira,” ujar. … selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: