no2umno

Polis cari kesan Anwar di lokap

In Anwar Ibrahim on July 25, 2008 at 2:13 pm

malaysiakini | Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa selepas ketua umum PKR itu dibebaskan daripada tahanan, satu pasukan forensik memasuki lokap dan mengambil kesan-kesannya termasuk rambut, bulu-bulu dan sel kulit.

anwar ibrahim 060207Mantan timbalan perdana menteri ditahan pada 16 Julai lalu di ibu pejabat polis (IPK) Kuala Lumpur berhubung dakwaan liwat terhadapnya dan dibebaskan dengan ikat jamin pada hari berikutnya.

“Selepas beliau (Anwar) dibebaskan – bahagian ini tidak divideokan – kumpulan forensik (polis) cepat-cepat masuk ke dalam bilik (Anwar ditahan) dan mengambil semua kesan rambut dan bulu, dan mungkin juga sel kulit Anwar,” kata Sivarasa Rasiah.

“Adakah (tindakan) ini dilakukan terhadap tahanan reman? Tidak.

sivarasa“Kenapa ini dilakukan dalam kes Anwar? Kenapa hantar kumpulan forensik? Apakah releven siasatan dengan cara begini,” kata Sivarasa, yang juga naib presiden PKR, kepada pemberita hari ini.

Beliau sebelum itu memberikan keterangan kepada polis berhubung siasatan akuan berkanun pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mengaitkan timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Tindakan forensik itu, tambahnya “menimbulkan banyak persoalan” dan “motifnya diragui”…. selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: