no2umno

Polis Pengiring Tertuduh Kes Altantuya Meninggal Dunia Secara Mengejut

In Berita on July 25, 2008 at 8:43 am

bernama | Seorang anggota polis mahkamah yang bertugas mengiringi tiga tertuduh kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat tiba-tiba pengsan sebelum disahkan meninggal dunia.

Lans Koperal Othman Abdul Rahman, 47, dikatakan sesak nafas dan pengsan di hadapan pintu kamar mahkamah sejurus Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Abdullah Baginda memasuki mahkamah kira-kira pukul 9.05 pagi ini.

Beliau yang dipercayai menghidap penyakit jantung dan kencing manis dikatakan keletihan setelah memanjat tangga hingga ke tingkat empat sebelum rebah.

Kejadian itu yang berlaku sebelum mahkamah memulakan prosiding, mengejutkan mereka yang berada di situ.

Seorang anggota polis cuba memberikan bantuan pernafasan CPR, sebelum mengusung mangsa dengan bantuan lima anggota polis dan seorang awam ke ambulans.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: