no2umno

Anwar umum kerusi Parlimen ditandingi minggu depan?

In Anwar Ibrahim on July 26, 2008 at 4:14 pm

Mstar | Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan akan bertanding kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah pertengahan minggu ini, malam ini melahirkan minat untuk mencuba nasib di kawasan Bandar Tun Razak di sini.

Selari dengan pengumuman itu, Anwar juga berkata, pihaknya masih yakin akan membentuk kerajaan baru peringkat persekutuan 16 September ini.

Bagaimanapun kata Anwar, beliau akan mengumumkan kerusi yang bakal ditandinginya minggu depan.

Kira-kira 2,000 orang membanjiri kawasan Masjid Isaniah, Bandar Tun Razak untuk mendengar ucapan Anwar malam ini – sebahagian daripada siri jelajah beliau ke seluruh sejak isu meliwat timbul sebulan lalu.

Mengenai nama empat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang disebut-sebut akan menyertai Pakatan Rakyat, Anwar berkata, ia akan diumumkan sebaik sahaja beliau memengangi kerusi Parlimen dalam pilihan raya kecil.
Pertengahan minggu ini, tumpuan Anwar menjurus ke arah bahagian Kulim-Bandar Baharu sebagai kerusi yang bakal ditandinginya.

Anwar mendedahkan beliau telah berbincang mengenai perkara itu dengan penyandang kerusi berkenaan, Zulkifli Noordin.

“Saya dah berbincang dengan Zulkifli dan beliau maklumkan bersedia untuk memberi laluan kepada saya jika pilihan raya kecil diadakan,” kata beliau.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: