no2umno

Bijaknya kerajaan BN

In Belit Dollah, Pembaziran BN, Radenjowo on July 26, 2008 at 10:56 am

RM3.43 juta dibazirkan untuk membeli 14 buah kereta Mercedez E200 Kompressor untuk EXCO Terengganu. Kalau itu lah jumlahnya totalnya, maka kenderaan itu bernilai sekitar RM245,000 sebuah. Ianya dibeli dengan cara tunai. Menurut kata MB Terengganu, keputusan itu di buat kerana Mercedes lebih jimat dari Proton Perdana V6.

Disebabkan terlalu banyak kritikan dan kekeliruan yang berlaku, BPR pun dah turun ke negeri tu nak buat siasatan. Tak tahu penghujungnya, tapi bergantung kepada Pak Lah untuk buat keputusan. Kalau Idris Jusoh mahu di ambil tindakan, maka kena la dia. Tapi jika tidak, maka lepas lah Idris Jusoh seperti lepasnya pemimpin pemimpin UMNO yang pernah di tuduh rasuah dan salah guna kuasa. Ada satu yang terus senyap dari perbincangan. Mereka adalah syarikat syarikat yang di pilih untuk menyelenggara kereta Proton Perdana milik kerajaan Terengganu sehingga menyebabkan kos tersebut cukup tinggi untuk di logikkan akal fikiran.

Untuk tutup cerita kebodohan kerajaan BN Terengganu ini maka Pak lah pun keluarkan kenyataannya ….

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkara itu telah dinyatakan dalam pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur semalam.

“Tapi sekarang kereta itu dah dibeli. Kalau jual pun akan rugi. Jadi, gunakan untuk tetamu-tetamu yang akan datang, ia sangat jelas… tidak ada lebih, tidak ada kurang,” kata beliau di sini petang ini.

“Semalam, saya dan Najib dalam perjumpaan dengan Menteri Besar Terengganu telah membincangkan perkara ini dan telah pun menyatakan bahawa adalah satu perkara yang penting yang sudah pun menjadi keputusan Jemaah Menteri iaitu pihak kerajaan Terengganu jangan menggunakan kereta Mercedes untuk ExcoExco mereka,” katanya. – MStar

Benarkah ia tidak lebih atau tidak kurang?

Itu adalah idea dari Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia yang sudah berada di singgahsana pemerintahan memasuki musim ke 2 nya. Soalnya di sini, selepas Merz di larang untuk di gunakan oleh EXCO, kini Kerajaan Negeri Terengganu terpaksa membeli Perdana V6 pula untuk tutup isu Mercedez itu. Kalau sebuah kereta Perdana V6 bernilai RM113,000, maka untuk 14 buah kereta yang akan di beli nanti bernilai RM1.61 juta.

Bila Pak Lah campur tangan dan desak EXCO Terengganu menggunakan kereta lebih murah nilai, rakyat Terengganu lega. Ohhhh …. Pak Lah buat keputusan betul. Tetapi …..

Kalau pada awalnya, RM3.43 juta di belanjakan untuk membeli Mercedes, kini Terengganu bakal mengeluarkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM1.61 juta untuk membeli Proton Perdana v6. Menjadikan jumlah keluar wang di dalam tempoh terdekat ini sebanyak RM5.01 juta hanya untuk membeli kereta kepada para EXCO.

Itu baru kos membeli dan bagaimana pula kos menyelenggara kenderaan yang bukan lagi 14 unit tetapi 28 unit nanti. Bijak sungguh kepala otak Pak Lah di dalam membuat keputusan yang sepetik jari sahaja.

Kalau untuk dijadikan perbandingan, ini yang kerap berlaku ketika pemerintahan Barisan Nasional. Contohnya, sebuah projek yang menelan belanja sebanayak RM10 juta terbengkalai. Rakyat bising dan untuk menutup dari kritikan maka kemudiannya dana tambahan sebanyak RM5 juta dikeluarkan untuk menyiapkan projek tersebut. Hakikatnya, kos asal sebanyak RM10 juta meningkat kepada RM15 juta. Kalau itu adalah wang milik rakyat, maka bising pun kena, tak bising pun rakyat yang kena.

Yang rugi siapa? Sudah tentu kita.

Apa kata Pak Lah? “Ubah cara hidup” … saranan kepada rakyat dan bukan pemimpin BN. PADAN MUKA KORANG kerana pandai sangat pilih pemimpin. Tidak sampai 6 bulan selepas pilihanraya, rakyat di tipu lagi. Isu ini akan lupa selepas 4 tahun nanti dan BN akan menang lagi kerana rakyat yang bodoh, cukup mudah di perbodohkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: