no2umno

Jom Perangkap Ezam ….

In belit ezam on July 26, 2008 at 12:35 am

Ezam Hendak beri Perak Kepada BN
malaysianwaves |….Saya mendapat maklumat dari kawan saya dalam kem Ezam Mat Nor bahawa mereka akan cuba untuk menarik ADUN PKR yang berbangsa Melayu untuk masuk ke Barisan Nasional, seterusnya, menguling Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Barang diningat bahawa pecahan kerusi di Perak adalah PR: 31 dan BN: 28. Ini bererti Barisan Nasional hanya memerlukan 2 ADUN Pakatan Rakyat untuk melompat ke Barisan Nasional dan ianya mencukupi untuk menumbang kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Percubaan pertama mereka adalah untuk menarik PAS. Ianya berlaku 2 hari selepas keputusan pilihanraya diumumkan. UMNO/BN telah menawarkan kerusi Menteri Besar serta 5 exco kepada Ustaz Ahmad Awang, yakni Pesuruhjaya PAS Negeri Perak.

Tetapi tawaran UMNO/BN telah ditolak mentah-mentah oleh Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad Awang berkata “Antara DAP yang bukan Islam dan UMNO yang zalim, lebih aula bekerjasama dengan DAP yang bukan Islam berbanding UMNO yang zalim”.

Percubaan kedua adalah untuk menarik ADUN DAP. Malangnya di dalam percubaan pertama mereka, ADUN DAP tersebut telah membuat laporan polis dan ianya telah memberhentikan segala usaha mereka.

Untuk percubaan ketiga mreka, kebetulan pula Ezam Mat Nor masuk UMNO dan Ezam Mat Nor adalah sahabat karib Dr Zambery Kadeer, wakil Pos DUN Pangkor. UMNO membuat keputusan untuk tidak bertindak tergesa-gesa seperti yang mereka buat dengan wakil DAP tempohari.….. selanjutnya.

Cerita pasal negeri Perak, kita ambil sedikit coretan dari MatSamanKati

Semalam, Ezam buat ceramah kat Karai, dalam Parlimen Sungai Siput. Mula-mula Hamdan Taha cakap. Adalah la dalam seratus dua yang tengok. Tu pun kena paksa. setiap cawangan Umno dalam Daerah Kuala Kangsar kena hantar empat orang. Tu pun ramai yang ponteng. Orang Umno pun meluat tengok Ezam.

Mula-mula Hamdan Taha yang bagi ceramah. Tak dak cerita lain. Semua cerita liwat sampai orang yang mendengar pun boo kat dia. Orang Umno pun tak percaya!Lepas tu, hamdan Taha cakap, orang Melayu Sungai Siput semua bodoh, pi undi Jeyakumar. Bodohnya orang melayu Sungai Siput pi undi orang India. Last-last, orang kutuk balik, selama ni pun orang Umno undi Samy Vellu! Samy Vellu tu Melayu ka? Hamdan Taha terkedu.

Lepas tu Ezam pulak cakap. Mungkin sebab dia tengok Hamdan Taha kena boo, dia langsung tak cerita pasai liwat, sebaliknya cerita pasai dia nak perangi rasuah. Last sekali, dia introduce Kalai Vanan! – Selanjutnya.

Kepada penyokong PAS dan Keadilan, ikuti perjalanan Ezam ke mana sahaja. Catit dan rakamkan semua kenyataan yang dibuat. Ketika di Shah Alam beberapa minggu yang lepas, isu perkauman cukup kuat di taburkan ketika ceramah melibatkan Cina, Singapura dan macam macam lagi. Kalau dapat di rakam, sudah pasti boleh di babitkan dengan kesalahan FITNAH dan HASUTAN perkauman. Sedap bunyi nya tu.

Sekiranya semua perancangan alihan kuasa PR berjalan lancar, heret Ezam dan kuncu kuncunya ke mahkamah. Biar menggelebah semuanya. Woooo best nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: