no2umno

Nasihat Tuanku Ja’afar: Bersatulah, antara Pak Lah atau Anwar perlu korban

In Alahai Dollah, Anwar Ibrahim, Titah Sultan on July 26, 2008 at 10:14 am

MStar | …Dalam ulasan berunsur politik yang jarang sekali diberikan, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman menegaskan, masyarakat Melayu negara ini tidak bersatu padu manakala Umno, antara komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) perlu bernafas semula, dengan mengambil kira senario politik semasa negara.

“Nasihat saya ialah bersatu semula jika boleh. Salah seorang harus terlepas (tidak berpeluang mengetuai kepimpinan atau menjadi Perdana Menteri), sama ada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).

“Kita mungkin perlu memilih antara Umno dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) ketika PAS semakin kukuh,” kata baginda dalam temu bual eksklusif yang disiarkan The Star hari ini.

Temu bual itu diadakan di Istana Hinggap, Seremban.

Tuanku Ja’afar yang menyambut Hari Keputeraan ke-86 pada 19 Julai lalu merupakan Raja Melayu yang tertua bertakhta di negara ini.

Malah ulasan baginda itu seolah-olah sealiran dengan perkembangan tanah air khususnya sejak negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu.

Dalam pilihan raya umum kali ini, buat kali pertama BN kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan kuasa kerajaan negeri melibatkan lima negeri – Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor…. selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: