no2umno

Sambutan hebat Anwar di Kuantan

In Anwar Ibrahim on July 26, 2008 at 3:17 am

Imagesidangonline | Meski pun dalam keadaan hujan kadang-kadang lebat dan kadang-kadang renyai, ia tidak menghalang lebih 20 ribu yang berkunjung dari merata pelusuk mendengar ceramah mantan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kampung Razali, Jalan Gambang Kuantan malam kelmarin.

Ini merupakan destinasi kedua dalam road show Anwar ke seluruh negara, dua hari selepas dibebaskan daripada tahanan kontroversi dan mendapat liputan seluruh dunia di Balai Polis Kuala Lumpur.

Dalam ceramahnya pelbagai persoalan telah dibicarakan seperti isu ditelanjangkan dalam pemeriksaan hospital semasa tahanan, sebab keengganan mengizinkan diambil DNA, rasional PR boleh menurunkan harga minyak jika diberi mandat mengambil teraju negara ini, menolak andaian pimpinan Umno kononnya beliau sanggup menggadaikan hak Melayu negara ini seperti membelakangkan DEB.

Setiap hujahnya yang bersemangat dan menarik perhatian disambut dengan tepukan gemuruh oleh pendengar secara spontan.

Dua perkara yang menarik semasa program berlangsung. Pertama pengumuman Anwar yang akan bertanding kerusi parlimen dalam tempoh terdekat ini, dan kedua kehadiran bekas timbalan menteri dan Adun Beserah yang pernah menggegarkan Umno Pahang dengan isu rasuah Tun Khalil Yaakob, Dato’ Fauzi Abdul Rahman.

Turut berceramah pada malam tersebut ialah Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Saleh. DAP diwakili oleh Adunnya dari Negeri Sembilan sementara Dr Hamzah Jaafar mewakili PAS Pahang.

Bagi penduduk Kuantan pula, ini merupakan perhimpunan paling ramai selepas PRU 12, 8 Mac lalu di mana memperlihatkan pembangkang membuat kemaraan kecil dengan memenangi dua Parlimen dan lima Dun.

Pendengar ceramah yang selama ini dimonopoli oleh kaum Melayu, pada malam itu memperlihatkan kehadiran seimbang daripada masyarakat Cina dan India.

Gambar: Walau pun dalam hujan, orang ramai tidak berganjak daripada mendengar pidato Anwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: