no2umno

Tempoh luput topi keledar cuma lima tahun?

In Pengumuman on July 26, 2008 at 10:16 am

MStar – Topi keledar akan ditetapkan tarikh luput penggunaannya selama lima tahun, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Beliau berkata, JKJR sedang berbincang dengan syarikat-syarikat pengeluar topi keledar untuk memperkenalkan tarikh luput lima tahun topi keledar mulai tahun ini.

Katanya, topi keledar yang terlalu lama digunakan adalah tidak selamat kerana daripada segi luaran kelihatan sesebuah topi keledar itu masih boleh digunakan tetapi akibat daripada perubahan cuaca dan sebagainya bahagian dalaman mungkin telah rosak.

“Adalah menjadi tanggungjawab JKJR untuk menukar persepsi masyarakat kepada keperluan topi keledar yang mampu menyelamatkan nyawa apabila berlaku kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Keselamatan Jalan Raya (KJR) dan penggalakan pemakaian topi keledar dengan sempurna peringkat negeri Perak di Kampung Manjoi di sini hari ini.

Suret Singh berkata, kebanyakan pengguna motosikal di negara ini kurang peka kepada risiko yang dihadapi akibat penggunaan topi keledar lama.…selanjutnya.

no2umno – Bodohnya rakyat Malaysia kalau terima saranan ini. Kenapa tak ditubuhkan syarikat kroni untuk test helmet macam puspakom test kenderaan. Lagi untung …. Pooorahhhhhh !!! yang susah masih rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: