no2umno

Loya Tetapi Masih Belum Terjeluak Dengan Rais Yatim

In batu puteh on July 27, 2008 at 1:56 am

msomelayu | NASIB baik tidak terjeluak apabila membaca kenyataan Menteri Luar (Bandar?) Rais Yatim yang mengulas mengenai tindakan Singapura mahu membuat tuntutan ke atas kawasan perairan dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 12 nautika dari Batu Putih.

Ekoran cadangan itu Rais memberi amaran kepada negara Temasik itu agar jangan menjolok sarang tebuan. Beliau beranggapan dengan cadangan itu Singapura ingin menguji Malaysia. Beliau masih merasakan apa yang dibangkitkan oleh Menteri Kanan Singapura Balaji Sadasivan itu main-main dan sekadar untuk test market Malaysia.

Apakah Menteri Luar (Bandar) ini sedang bermimpi atau baru jaga dari tidur dan belum berkumur dan basuh muka? Ataupun beliau baru bersunat, potong anunya? Nampak macam berani Rais ini untuk berhadapan dengan Singapura. Orang baru potong anunya begitulah lagaknya (berani) tatkala melihat anak dara.

Nampaknya Rais tidak begitu tajam pengamatan politik serta firasat perjuangannya.
Beliau masih tidak sedar apa yang berlaku selama ini tentang Singapura dengan Malaysia. Singapura untuk pengetahuan Rais Yatim bukan saja setakat berani menjolok sarang tebuan tetapi mereka sudah pun membakar beberapa kali sarang tebun.

Apa yang dilakukan oleh Salaji Sadasivan itu ialah proses membakar sarang tebuan seterusnya. Kalau boleh Singapura tidak mahu ada seekor tebuan pun di Malaysia walaupun tebuan di Malaysia mandul dan pondan. Ia perlu dihapuskan kerana hidup buat menyemak saja dan tidak membawa faedah kepada negara!… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: