no2umno

Mahathir Mengaku Wujudnya Konspirasi Pada 1998

In Anwar Ibrahim, fitnah 2 on July 27, 2008 at 12:56 pm

marhaen | …Dalam artikel berjudul “Debat Anwar’ yang disiarkan dalam blog beliau pada 17 Julai, Mahathir telah mencadangkan betapa dakwaan sodomi (liwat) terbaru terhadap Anwar Ibrahim mungkin betul, kerana kerajaan tidak mungkin begitu bodoh menggunakan taktik yang sama dua kali untuk menyusahkan Anwar. Beberapa bahagian yang menarik dalam hujah beliau terdapat dalam perenggan 6 & 7 dan saya petik hujah berikut:

Para 6: Namun, apakah mungkin kerajaan yang ada ini begitu bodoh dan tidak berimaginasi menggunakan ‘taktik’ yang sama khususnya setelah kerajaan sendiri bersuka hati dengan pembebasan Anwar? Tentu ia mampu mencipta satu lagi cerita yang masuk akal kalau pun ia mahu merencana dengan niat ataupun berkonspirasi terhadap Anwar. Keberangkaliannya kisah itu sama kerana ia memang benar.

Para 7: apa pengadu yang baru ini seorang (copycat) tiruan. Besar kemungkinan, tidak. “Tidak ramai yang berani mengumumkan perkara yang amat memalukan itu, sebagai sudah kena liwat…..”

Perkataan ‘copycat’ mengandaikan bahawa ada seseorang yang mengada-adakan sesuatu dengan cara meniru perkara lama. Jadi apakah makna ‘sesuatu’ yang sedang ditiru? Apakah ianya tuduhan sodomi sahaja ataupun satu helah untuk mengenakan Anwar? Sudah tentu ia mengenai perkara yang terakhir tadi, kerana tidak masuk akal untuk seseorang menuduh Anwar meliwatnya hanya dengan meniru tuduhan yang serupa sepuluh tahun dahulu. Jadi dengan menggunakan perkataan ‘copycat’ untuk menjelaskan soalannya, apakah Mahathir tidak secara tak sengaja mendedahkan fikiran bawah-sedarnya bahawa kejadian yang dulu itu sesungguhnya satu konspirasi?

Trenda pemikiran yang sama boleh juga di kesan dalam penggunaan perkataan ‘taktik yang sama’ untuk membayangkan kejadian yang baru ini. … selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: