no2umno

Me’che’dis boleh pakai sekali sekali – Ahmad Said

In kereta exco on July 27, 2008 at 3:49 am

bernama | Anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan Terengganu akan menggunakan kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi buat sementara waktu sehingga Badan Pencegah Rasuah (BPR) selesai menjalankan siasatan terhadap kereta Proton Perdana V6 Executive.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata pada masa ini, BPR telah mengambil kereta Proton Perdana V6 kerajaan negeri itu untuk siasatan berhubung kos penyenggaraannya yang terlalu tinggi.

“BPR telah ambil kereta Proton Perdana V6 Executive yang digunakan exco dan pegawai kanan kerajaan negeri. Jadi mereka kena pakai dululah (kereta Mercedes)…Perdana Menteri pun dah kata, sekali-sekala boleh pakai kereta Mercedes ini,” katanya.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam dan ramah mesra antara beliau selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dengan pemimpin kesemua empat peringkat Bahagian-Bahagian Umno negeri di sini malam tadi.

Dua hari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan kesemua 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor yang telah dibeli kerajaan Terengganu hanya akan digunakan untuk membawa tetamu-tetamu kerajaan negeri.

Ditanya sama ada kerajaan Terengganu akan membeli kereta Proton Perdana V6 Executive yang baru kerana kereta nasional kerajaan negeri sedia ada itu didakwanya sering menghadapi masalah, Ahmad berkata: “Kalau nak beli pun tahun depan. Itu pun kalau (kerajaan negeri) ada duit.”

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah berniat untuk menjatuhkan imej Datuk Seri Idris Jusoh berhubung kenyataan yang menyebut kos penyenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive yang pernah digunakan bekas Menteri Besar Terengganu itu, adalah yang tertinggi di kalangan exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu.… selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: