no2umno

Musykil dengan data penyelenggaraan Perdana V6

In Proton on July 27, 2008 at 2:01 am

MStar

SAYA amat tertarik dengan maklumat yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris tempatan hari ini 23/7/2008 yang menunjukkan data penyelenggaraan Proton Perdana V6 adalah sebanyak RM200 setiap 5000 KM.

Angka ini juga dibandingkan dengan penyelenggaraan kereta lain iaitu Mercedez. Data ini menimbulkan tandatanya dan mengelirukan . Adakah yang dimaksudkan penyelenggaraan (service) itu hanya menukar minyak injin sahaja?

Saya telah membeli Proton Perdana V6 baru dan telah menggunakannya selama 5 tahun genap pada tahun ini. Saya memang mengikut spesifikasi yang dicadangkan Proton untuk penyelenggaraan bagi setiap 5000 kilometer. Lebih-lebih lagi saya sentiasa membuat penyelenggaraan di tempat yang diiktiraf oleh Proton iaitu di EON Service.

Setiap kali saya menyelenggara kereta saya, maka saya akan catatkan bacaan kilometer, tarikh dan kos penyelenggaraan yg saya bayar.

Berikut adalah sebahagian penyelenggaraan biasa yang saya catatkan:

Tarikh Bacaan meter (KM) Kos Penyelengaraan (RM)

14/3/2006 045134 616.60
27/6/2006 050850 437.92
19/10/2006 055600 414.87
10/2/2007 060273 658.20
29/9/2007 070847 758.00
5/1/2008 076096 420.00

Saya memberikan data ini untuk berkongsi pengalaman pengguna-pengguna Proton Perdana V6. Saya tak menafikan kerata Nasional kita memang anggun dan prestasinya bagus tapi data yang saya baca di akhbar tadi nyata mengelirukan saya.

Sepanjang pengetahuan saya, saya hanya membuat penyelenggaraan di luar daripada EON dua kali sahaja.

Di sini timbul tandatanya juga adakah EON mengenakan bayaran yang begitu tinggi berbanding tempat lain kerana data di atas tidak pernah menunjukkan angka RM200.

Oleh yang demikian apa yang didakwa oleh Kepimpinan Menteri Besar Terengganu ada kebenarannya jika merujuk kepada data yang saya berikan.

Saya berharap juga Pengguna-pengguna Mercedez yang mempunyai kapasiti dengan Proton Perdana V6 untuk tampil memberikan data seperti saya untuk dijadikan perbandingan.

Sekian. Terima kasih.

Bang Mat
Pulau Pinang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: