no2umno

Umpan RM30 juta pikat Adun Pakatan Rakyat di Perak?

In MB Perak on July 27, 2008 at 9:06 am

harakah | ….. Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin berkata, bagi mencapai hasrat tersebut mereka dikatakan sanggup membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga RM30 juta seorang.

Katanya, walaupun Umno menawar harga yang tinggi, namun semua wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak memberi jaminan tidak akan menerima tawaran tersebut sebaliknya akan terus kekal dengan kerajaan sekarang.

Oleh itu dakwaan bekas Menteri Besar Perak Dato’ Seri Tajul Rosli Ghazali yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan tumbang 31 Ogos ini hanyalah gimik politik semata-mata.

Beliau menyatakan perkara itu ketika menyampaikan ceramahnya di Dewan Haji Salleh, Pekan Alor Lintah, baru-baru ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kini mempunyai 59 ahli di mana 28 Umno, 18 DAP, 7 PKR dan 6 PAS.

Beliau juga mengakui pelantikannya sebagai Menteri Besar merupakan satu keajaiban yang telah ditentukan oleh Allah Taala.

“Walaupun PAS hanya memenangi 6 kerusi Dun berbanding DAP sebanyak 18 dan Parti Keadilan Rakyat 7, namun semua pemimpin parti dalam Pakatan serta baginda Sultan bersetuju melantik Adun PAS sebagai menteri besar.

Kita telah memberitahu rakyat Perak, Allah Taala telah menurunkan rahmatNya ke atas negeri itu dengan menubuhkan kerajaan melalui kesepakatan di antara pemimpin PAS, DAP dan PKR,” katanya.

Beliau juga berkata, walaupun Perak merupakan kerajaan berbilang bangsa atau parti, namun pemimpin DAP boleh menerima program keislaman yang dilaksanakan. … selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: