no2umno

Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan keluarga dalam bahaya?

In Anwar Ibrahim, Belit Najib on July 28, 2008 at 10:44 am

Perkara ini tidak mustahil. Selepas Balasubramaniam hilang dari pandangan, kemungkinan Dr. Mohamed Osman akan menerima nasib yang serupa …..

malaysiakini – Setiausaha agung PKR menggesa keselamatan seorang doktor yang pernah memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilindungi oleh polis.

Datuk Salehuddin Hashim berkata parti itu berasa gusar dengan dakwaan polis telah menyiasat Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan kini beliau dan keluarganya “sedang bersembunyi.”

“Semua jaminan mestilah diberikan untuk menjaga keselamatan dan memberikan perlindungan kepadanya,” kata Salehuddin.

Beliau juga mendakwa pendedahan laporan pemeriksaan terhadap pemuda 23 tahun itu menambahkan keyakinan PKR bahawa dakwaan terhadap penasihat parti itu “tanpa asas dan berniat politik.”

“Kewujudan laporan perubatan ini mengikis lagi keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan laporan polis yang dibuat (oleh Mohd Saiful) terhadap Anwar, satu laporan yang hingga kini kekal penuh kerahsiaan,” katanya.

“Kenapa laporan perubatan ini hanya muncul hari ini, sebulan selepas dakwaan itu dibuat, selepas Anwar terpaksa bermalam di lokap, dan selepas polis menghabiskan banyak masa dan wang menyiasat kes ini”

Dalam pada itu, berita pendedahan ini tersebar ketika Najib berada di luar negara di AFRIKA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: