no2umno

Muslimah Pulak Nak Muzakarah?

In EMAIL, Muzakarah PAS UMNO on July 28, 2008 at 9:13 am

email oleh Azzlie

Nak tergelak lagi. Biasalah kerja berita Utusan Meloya. Kerja dia meloyakan orang sahaja. Lain cerita tak ada. Yang terbaru sila baca di sini:

Muzakarah Wanita UMNO, Muslimat Pas

KUALA LUMPUR 27 Julai – Wanita UMNO melalui Sekretariat Advokasi dan Pemerkasaan Wanita Islam (Senada) akan mengadakan muzakarah dengan Dewan Muslimat Pas bagi membincangkan isu-isu berkaitan wanita Islam di negara ini.

Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ia akan diadakan secepat mungkin bagi mendengar isu-isu yang ingin diperjuangkan wanita.

“Saya rasa syukur sebab ada usaha muzakarah antara UMNO dan Pas. Banyak isu yang harus kita duduk sama berbincang yang melibatkan muslimin dan muslimat.

“Yang pentingnya kita harus berbincang, mengupas dengan teliti isu yang wujud dan mencari penyelesaian yang membelenggu masyarakat terutama wanita Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menutup Pertandingan Kesenian Islam Peringkat Wilayah Persekutuan yang dianjurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas) di sini hari ini.

Naib Ketua Wanita UMNO itu berkata, walaupun Pas adalah parti pembangkang, ia tidak pernah dilihat sebagai musuh kepada UMNO.

1. Dah tak timbul isu pasal muzakarah ini, dah tutup buku pun. Gunakan istilah yang betul, muhabalah.

2. Lepas ini, nak suruh Muslimah Pas pulak jadi sasaran mereka. Aduh, tak terfikir dalam kepala macam mana makcik-makcik bertudung jambul nak berhadapan dengan makcik yang bertudung labuh. Bukan apa, rasa macam pelik sahaja.

3. Siapa Shahrizat? Nak cerita pasal wanita ke pasal Islam. Kalau nak bercerita pasal Islam rasa macam tak sesuai pulak. Lain aura. Lagipun satu masa dulu, pesta buih yang terkenal diadakan di Bangsar di tempat naungan dia. Tak ada pulak dia membebel apa-apa…. selanjutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: