no2umno

Khairy jangan cakap banyak

In Uncategorized on August 1, 2008 at 7:59 am

tranungkite

Semalam Khairy ‘berbunyi’ semula membuat komen tentang keputusan Wan Azizah melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding menggantikannya.

Khairy berkata, Anwar takut kalah sebab itu tidak berani untuk bertanding di Kulim-Bandar Baharu atau Bandar Tun Razak seperti yang digembar-gemburkan Anwar sebelum ini

Khairy tidak perlulah cakap banyak. Anwar hendak bertanding di mana pun itu hak beliau. Bukankah Anwar memberi alasan bahawa kerusi Kulim Bandar Baharu belum tentu lagi bila akan diputuskan kosong kerana ia bergantung kepada keputusan mahkamah.
Khairy sendiri pun masih takut-takut untuk berterus terang samada ingin bertanding Ketua Pemuda atau mempertahankan jawatannya sekarang.
Semalam Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, rasa tidak yakin Anwar itu disebabkan beberapa isu yang melibatkan beliau akhir-akhir ini.

”Akhirnya Anwar memilih kawasan selamat untuk bertanding di kerusi Parlimen walaupun pada awalnya beliau pernah berkata tidak akan minta Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail memberi laluan kepadanya.

”Selepas itu Anwar buat kenyataan kemungkinan besar bertanding di Bandar Tun Razak dan kemudiannya di Kulim,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

“Kalau betul Anwar diterima di seluruh negara, kenapa tidak menunaikan janji kepada rakyat Kulim untuk bertanding di sana?

“Ini mesti kerana Anwar tidak yakin dengan penerimaan rakyat terhadapnya terutama sekali dengan beberapa isu yang melibatkan beliau akhir-akhir ini,” katanya.

Anwar hari ini mengumumkan untuk bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan oleh isterinya, Wan Azizah berkuat kuasa serta-merta.

Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak Pilihan Raya Umum 1999 iaitu selepas setahun Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan sebelum dihadapkan ke mahkamah.
Jelas Khairy, Anwar patut membuktikan dakwaannya bahawa beliau diterima di seluruh negara dengan bertanding di Kulim.

”Anwar kini tidak yakin dengan penerimaan rakyat terutama sekali dengan beberapa isu yang melibatkan beliau akhir- akhir ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: