no2umno

Archive for October, 2008|Monthly archive page

Look beyond race in PKNS top job – MB

In PKNS on October 29, 2008 at 10:06 am

Sun2surf | ….”If there is a Malay manager who cannot benefit the Malays, then this is something we should view seriously,” he said.

“People are angry because we changed the people, but are they not angry about the billions lost? Which is better? Think about this,” he urged those who challenged the decision.

He reiterated that Low, who was due for retirement this month, was picked for her 33-year experience in the company.

He said she was aware that her appointment was temporary and that she would be there until a suitable Bumiputra candidate with proper qualifications and experience, preferably in real estate and housing development, could be found.

Pas led by Selangor commissioner Datuk Dr Hassan Ali had on Tuesday expressed the party’s displeasure over Low’s appointment and said the party will be looking for a suitable candidate to replace Low after meeting Khalid.

Low Siew Moi
Hassan said this had nothing to do with Low being a woman and a Chinese. He said there are two other deputy GMs who are also suitable for the job, and asked why they were not considered.

Former mentri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo had also said Khalid’s decision undermined the capabilities of Malays to run a company like PKNS…. selanjutnya.

Malaysia rated among ‘most risky’

In Ekonomi on October 29, 2008 at 10:04 am

malaysiainsider | Malaysia is rated as “high risk” while Singapore is well-positioned to weather the economic slowdown because of its political and social stability, says Hong Kong-based Political & Economic Risk Consultancy.

Its analysts ranked Singapore as having the least political and social risks next year among 16 territories in Asia-Pacific, according to a summary of its 87-page report released to the media yesterday. Malaysia,
Thailand and India were ranked as the most risky because of internal developments.

The unlikelihood of sudden political changes, stable labour relations and sound policies, including measures to help the poor, were among the factors in Singapore’s favour, said Perc’s managing director, Robert
Broadfoot.

“Singapore’s fiscal situation is strong enough for the fiscal incentives that are going to help the country get over the crisis and spread the pain of recession,” he said…. selanjutnya.

UMNO tiada pilihan

In Badut UMNO on October 29, 2008 at 12:54 am

Yang korup jadi pemimpin. Yang seleweng jadi ketua. Yang kotor jadi senator.
Apa lagi yang tinggal di dalam UMNO. Dah tak der pilihan, Tu sebab ada yang masih kekal. Atas serupa, bawah pun sama. Korek korek … semua satu spesis.

Baca rujukan ini.

“Umno tetap Umno masih tidak ada perubahan dasar dan perjuangan Umno tidak kukuh tidak menunjukkan satu kesedaran, ” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pemimpin yang mempunyai sahsiah yang baik dan bermoral wajar dijadikan asas kepada pemimpin kerajaan untuk dijadikan contoh terbaik kepada rakyat.

“Sepatutnya kerajaan yang bermaruah tidak mengambil beliau (Norhayati), ramai lagi pemimpin yang lain boleh diangkat, kena buktikanlah di mana Kerajaan Islam Hadhari?” tegas beliau. – harakah

Pada UMNO cukup mudah, biar pun tak der akhlak, yang penting mesti Melayu.
Kalau letak Cina atau India yang alim …. kecoh di buatnya.

PKNS: UMNO sudah mula guna kesempatan

In PKNS on October 29, 2008 at 12:38 am

Sudah ku bilang, sudah ku kata. UMNO akan ambil kesempatan kerana sekali lagi kesilapan yang dilakukan oleh MB Selangor di dalam menyelesaikan masalah yang terlalu mudah.

Baca berita ini ….

Beliau, yang juga ketua bahagian Umno Selayang, mendakwa tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertujuan untuk mengekalkan sokongan bangsa lain terhadap Pakatan Rakyat.

“MB mencari kaedah untuk mengembalikan sokongan-sokongan bangsa lain kepada mereka tanpa mengira maruah bangsa (Melayu) yang dijual.

“Apa yang dibuat (keputusan tersebut), tidak nampak kepada pembelaan terhadap bangsa Melayu,” tambahnya, sambil menyebut kontroversi yang dicetuskan oleh Abdul Khalid berhubung kuota kemasukan pelajar bukan bumiputera ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ogos lalu.

Pemuda Umno Selangor akan menghantar surat bantahan berhubung pelantikan itu kepada menteri besar dalam masa yang terdekat, kata Abdul Syukur. “Selewat-lewatnya awal pagi Khamis (ini),” katanya. – Malaysiakini

Sebenarnya jika Melayu menjadi pengurus PKNS sejak dulu, tidak pernah di persoalkan oleh bangsa lain. Di dalam PKNS semua bangsa bekerja sama. Tak tau mana datangnya idea lalu MB menjadikan Mdm Low sebagai Pengurus sementara yang kononya cukup berpengalaman di dalam pengurusan PKNS.

Benda ni memang dah jangka. UMNO sedang menanti peluang yang cukup lumayan ciptaan MB Selangor. Sebagai penyokong kuat Pakatan rakyat, aku dah letih sebenarnya nak menjawab kalau kenyataan yang keluar dari MB Selangor menyimpang dari tujuan sebenar.

Kerapkali bila MB Selangor di sergah wartawan, jantung aku berdetup detap bimbang kemungkinan jawapan yang keluar. Bila jawapannya tersasar dan di politikkan oleh pihak satu lagi aku letih nak jawab.

Orang tanya aku …” Dulu kau kata PR bagus memerintah, kenapa sekarang ……..” ADuh letih laaaaa…….

MB ada setiausaha politik masing masing. Bukan tu sahaja malah ramai lagi EXCO EXCO yang pandai berpolitik untuk bantu. Soal menjawab wartawan ni, kalau tak bijak, jangan jawab. Wartawan pandai olah tajuk dan soalan sehingga menjadikan ianya sensasi dan mudah jual surat khabar. Itu MB kena bijak. Tapi biar lah tunduk sikit ke bumi untuk terima nasihat. Jangan jadi terlalu degil sampai jadi bodoh sombong.

Masalahnya bukan sekarang beb … tunggu 4 tahun lagi. Ketika waktu hampir pilihanraya dan tempoh berkempen. Ketika itu nanti baru lah sibuk nak cerita baik baik. Dengan isu ini juga, UMNO akan jadikan peluru untuk tembak Pakatan Rakyat. Itu jam … lu pikir la sendiri.

Itu sebab gua cakap ….

Ada akai …… pakai
Ada otak …. jangan simpan dalam kotak.

PKNS: Bukan soal bangsa

In PKNS on October 28, 2008 at 11:27 pm

Sebelum aku nak komen ni. Aku kena pikir bahawa berita yang akan aku ulas disini adalah datangnya daru media BARUA kerajaan. So … korang pun kena sikit terbuka dan berpikiran matang sekiranya berita ini tidak benar.

Namun jikalau ianya benar kenyataan yang datangnya dari MB Selangor … mari kita ulas.

Keratannya Utusan ini adalah seperti berikut,

Abdul Khalid mendakwa beliau tidak faham apabila ada pihak tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri melantik Siew Moi untuk memangku jawatan itu berbanding memikirkan PKNS didakwa hilang berbilion ringgit.

“Kita mesti memandang berat, marah tukar orang tapi tak marah hilang berbilion ringgit. Kalau ada pendirian berbeza sama ada memilih bumiputera kemudian bagi beratus juta ringgit, atau memilih orang Melayu tetapi hilang berbilion ringgit,” katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau sudah 35 tahun berkhidmat dengan PKNS dan pegang jawatan akaun yang mana beliau sudah biasa dengannya.

“Ini fakta dan pelantikan beliau adalah satu yang logik kerana difikirkan baik untuk PKNS dalam tempoh peralihan ini,” katanya.

Peringatan !!! Masalah berkenaan PKNS tidak ada kaitan dengan isu bangsa. Ada komen komen yang wak terima memang berkisar tentang ‘bangsa apa ‘yang memimpin PKNS. Waspada, isu berkenaan di putar belit kerana soal bangsa memang menjadi tajuk yang menarik untuk membawa korang ke lembah perbalahan. Itu media arus perdana punya kerja. Api kalau disimbah petrol boleh letup woooo. Kaedah sama buat bom Molokov cocktail. Korang jangan terjerat.

Soalnya di sini adalah kerugian berbilion ringgit di dalam PKNS. Tolong jangan lari tajuk.

Kejadian ini sudah belaku sejak dulu lagi. Madam Low bersama PKNS hampir 40 tahun. Dia adalah salah seorang yang berpangkat di dalam PKNS dari seorang yang hanya berjawatan pegawai akaun. Dia di naikkan pangkat ketika Datuk harun salim menjadi boss di PKNS dan serba sedikit terlibat dalam sebarang aktiviti sehingga PKNS kerugian berbilion ringgit.

Bukan masa nya untuk menuding jari antara mereka. Tapi kena bersihkan PKNS dari jalang jalang yang berada di dalam. Kita sebenarnya sudah terlambat dan kaedah yang paling baik adalah buang mereka semua. Siapa di dalam pKNS yang bersih? Susah nak cari. Semua nya dah korup. Jangan kata engineer tak terbabit, kerani tidak bersangkutan, sedankan sekarang semua nak cuci tangan. Kita tutup cerita itu dan langkah yang penting ketika ini adalah bersihkan pengurusan PKNS.

Khalid Ibrahim dah biasa dengan dunia keparat. Bila sebuah syarikat bercadang membeli syarikat lain, pembeli melantik consultant untuk menilai satu satu syarikat. Aset, hutang, rekod kakitangan, akaun dan macam macam butiran tentang syarikat akan diselidiki. kenapa langkah ini tidak dibuat pada peringkat awal dan membiarkan pengurusan lama yang memang dah ternyata korup terus berada di dalam PKNS sampai ke hari ini? Nak tunggu pencen baru nak siasat? Dan kerana Pengurus Besarnya pencen maka di lantik orang yang sekapal dengan nya untuk berada di tempat pengurus besar. Mungkin Madam Low bersih pada Khalid kerana dia tak dapat berita. Tapi kalau dah duduk meeting sekali di dalam membuat keputusan maka orang ni semua tak boleh pakai. Dan yang paling menarik … di lanjutkan tempoh untuk 1 tahun. Tapi aku percaya selepas ini tempoh ini tidak lagi disebut memandangkan, Dato Hassan Ali di tugaskan untuk mencari pengganti.

Kerajaan negeri lain yang mengalami perubahan kerajaan dah buat tindakan ini pada bulan April dulu lagi. Diorang dah siap siap tukar pengurusan anak syarikat dan jabatan di bawahnya.

Aku dapat desas desus dari EXCO dan kalangan kakitangan SUK sendiri bahawa MB Selangor ni keras kepala sikit. Tak mahu dengar nasihat orang lain kerana dia rasa dia dah cukup bijak. Korang ingat DS Anwar boleh tutup mata dengan semua bentuk silap yang dia dah buat? Hari ni nasihat, esok dia buat lagi. berapa banyak lagi kontroversi yang dia nak buat daaaa…..

Selepas ini masalah yang sama akan di hadapi ketika YDP dan Datuk Bandar sampai tempoh untuk di tukar. Di mana perkara ini tidak langsung di beri fokus. Korang bayangkan Datuk Bandar boleh perlekeh EXCO dalam buat keputusan sebab MB dah bagi kuasa pada mereka. Ini langsung tidak boleh di terima kerana ketika UMNO memerintah, taraf Datuk Bandar cuma balaci YB YB. Paling tidak pun respek la sikit kerana mereka kini berada di bawah bumbung yang sama. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum. Tapi YB pemimpin yang di pilih rakyat terpaksa tunduk pada mereka yang di pilih oleh pusat. Dah terbalik tu.

Kita tengokkan apa cerita terbaru pulak hari ini. Namun satu peringatan adalah isu PKNS dan Mdm Low bukan tentang bangsa dan kaum, tapi soal amanah untuk membongkar kehilanan berbillion ringgit wang rakyat Selangor. Melantik orang lama sedangkan MDM LOW sendiri pun perlu DISIASAT. Angka kehilangan bukan sikit beb. Boleh beli helikopter perang tu.

UMNO tak perlu debat – Radenjowo

In pemilihan UMNO on October 28, 2008 at 12:08 pm

Sejak dua menjak ni UMNO sibuk nak berdebat. Shabery Cheek kata dia setuju tapi Mukhriz pula macam tak gemar. Khairy kata di berani dan Agendadaily yang dilantik sebagai orang tengah, macam berat sebelah.

Di dalam UMNO isu berat sebelah ni dah biasa. Kalau dalam pilihanraya umum, UMNO memang bertindak berat sebelah. TV, akbar dan semua bentuk media .. dia yang punyai. Tapi perlawanan di dalam UMNO, tau pulak diorang benda ni tak baik. Sama la juga dengan politik wang. Istilah ini cuma ada pada pemilihan UMNO, kalau PRU … politik wang tak ujud. Semuanya ok dan ditanggung halal.

Apa yang UMNO takut berlaku di dalam debat adalah sekiranya tercetus acara kerusi terbang dan tarik rambut. Bukan pendebat tapi penyokong. Sedang kita tengok acara debat secara LIVE … tiba tiba kerusi naik atas pentas atau botol kepada kepala pendebat. Tak ke haru tu?

Korang tengok apa yang berlaku di Kelantan, Kuala Selangor dan Kota Tinggi. Malu di buatnya. Akibatnya langkah yang perlu di buat oleh dewan dewan sebelum pengundian di lakukan, semua kerusi akan di lekatkan di lantai agar perwakilan tak boleh baling kerusi. Di pintu masuk pula di letakkan pengawal keselamatan untuk ikat tangan mereka ke belakang untuk elak ketuk dahi.

Sekarang aku nak bagi pandangan ….

DEBAT SESUNGGUHNYA TIDAK PERLU. Kerana debat ini akan merosakkan nama UMNO sendiri. Aib masing masing akan di bongkar sesama sendiri. Di dalam UMNO, nko kenal aku, dan aku kenal engkau. Maka silap sikit … habis cerita bawah kain akan terbongkar.

https://i2.wp.com/www.ifsbank.com/images/Statement.jpgKalau korang tanya apakah cara yang paling baik untuk lihat betapa berkredebilitinya seorang pemimpin UMNO itu adalah melalui pembentangan rekod kewangan masing masing. Serahkan transaksi kewangan akaun setiap calon untuk di lihat oleh ahli ahli UMNO.

Kalau ada simpanan di dalam 10 bank, maka mereka perlu menyerahkan kesemuanya. Tak kira bank tempatan atau luar negeri. Sapa memiliki wang yang banyak dia akan di istiharkan pemenang. Jumlah paling banyak adalah untuk jawatan paling tinggi.

Gerenti tak gaduh, mudah dan berkesan.

Hassan Ali terpaksa tutup aib Khalid Ibrahim

In PKNS on October 28, 2008 at 11:39 am

Tindakan tergesa gesa MB Selangor melantik Madam Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar PKNS telah mengundang rasa tidak puas sebilangan pihak. Ini berikutan prestasi yang buruk ketika beliau dan Bekas Pengurus Besar PKNS menerajui PKNS untuk tempoh yang panjang.

Tarikh luput mereka sudah sampai tapi mahu di ‘recycle’? wakakakakak ….

Pada 25hb October, satu memo telah di hantar kepada MB Besar oleh persatuan persatuan kakitangan PKNS untuk menolak perlantikan tersebut. Tapi MB teruskan jua hasratnya.

Dan kini, Y.B Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang juga ADUN Gombak Setia terpaksa campur tangan untuk meredakan keadaan.

Beritanya di SINI

The appointment of Low Siew Moi as Selangor State Development Corporation (PKNS) acting general manager (GM) for one year starting Nov 1, may well be reduced to a few days or weeks, depending on PAS’s ability to come up with a better and more suitable candidate, said Selangor PAS commissioner Datuk Dr Hassan Ali.

Hassan, who is also executive councilor for Islamic and Malay Affairs and Infrastructure and Public Amenities, said this after a brief meeting with Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim who had on Monday announced Low’s appointment, although she was due for retirement end of this month together with present GM Datuk Harun Salim.

Kenapa bersungguh sungguh benar MB mahu melantik seorang MADAM yang mempunyai rekod buruk di dalam PKNS tanpa rujukan di buat? Ada akai ka?

Dan menjadi tugas Dato’ Hassan Ali pula terpaksa tutup aib MB Selangor. Macam ni la … no2umno sarankan, MB Selangor duduk diam diam kat opis untuk sign cheque je. Selain dari itu tolong jangan campur. Asyik asyik kontroversi je.

Ethos Capital eyeing KWSP’s RM300 billion ?

In Belit Mahathir, Belit Najib on October 28, 2008 at 11:28 am

Minsider | …Writing in his popular chedet.com blog today, Malaysia’s former PM accused Ethos Capital of being a “hedge fund” and suggested the firm was eyeing RM300 billion from the Employees Provident Fund (EPF).

“Look at the role of ECM Libra. Will Ethos, who are also linked to the Fourth Floor, become another ECM Libra?

“They (Ethos) are interested in getting a portion of the EPF worth some RM300 billion, to manage its investments, apparently with returns of up to 40 per cent.”

Dr Mahathir said Najib should remember what happened to Orange County in the United States as it went bankrupt a number of years ago due to investments in hedge funds…. selanjutnya.

Another ECM Libra in the making …

Benarkah suami Low seorang kontraktor PKNS?

In PKNS on October 28, 2008 at 10:37 am

Di godek godek … di perolehi. Satu blog mendedahkan “Conflict of interest” madam low yang baru sahaja di lantik menjadi Penjawat Sementara Pengurus Besar PKNS untuk tempoh 1 tahun oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beberapa tajuk penting dan pembongkaran adalah di dalam artikel berikut …

Jawab jawab jawab
Kami juga mendapati terdapat unsur “conflict of interest” dalam struktur PKNS itu sendiri apabila terdapat sekumpulan pegawai kanan memegang saham 30% dalam anak syarikat PKNS, iaitu PKNS Infra Sdn Bhd…..

Alumni PNB, Alumni Guthrie, Alumni Queenssland, Kawan lama, Kroni atau saudara mara. Kita tunggu dan lihat. TS Khalid sanggup tunngu sehingga kawan-kawan dia datang. Siapa Saifudin Morat? Penasihat Ekonomi MB? Siapa Dr Anwar yang jaga pasir? Apakah kepandaian Dr Anuar dalam hal ehwal pasir? Zero…..

Bolehkah Madam Low menterbalikkan angka ini?. Adalah dimaklumkan bahawa Madam Low adalah pegawai yang bertanggung-jawab dalam urusan penswastaan dan anak-anak syarikat pada zaman Harun Salim. Benarkah suami Low adalah seorang kontraktor yang banyak mendapat peluang di PKNS?….

Seterusnya ….sebuah memo membantah perlantikan Madam Low

Memo untuk MB Selangor
(…) Persatuan-persatuan, kesatuan dan badan kebajikan di PKNS telah mendapat maklumat bahawa Y.A.B. Tan Sri telah mengeluarkan surat melantik Puan Low Siew Moi untuk memangku jawatan Pengurus Besar PKNS mulai 1 November 2008 ini. Perlantikan tersebut sesungguhnya adalah amat bertentangan dengan hasrat surat kami terdahulu yang meminta Y.A.B Tan Sri mempertimbangkan penyandang jawatan Timbalan Pengurus Besar (Pentadbiran dan Pembangunan) iaitu Tuan Haji Md Nasir bin Md Arshad untuk mengisi kekosongan jawatan Pengurus Besar PKNS.

Dan komen tentang Kenyataan Akhbar MB Selangor di atas siri penstrukturan PKNS.

(…) Setelah menghalusi perkara ini saya membuat kesimpulan, TSKI disalah nasihat oleh orang tertentu yang ada kepentingan. Sumber tertentu menjelaskan Harun Salim memainkan peranan utama dalam isu ini.

Tan Sri Khalid tidak perlu melibatkan pakatan Rakyat bila menghadapi masalah dalam satu satu isu. Ini kerana keputusan ini adalah olehnya sendiri tanpa berunding dengan rakan Pakatan Rakyat. “(Perlu ditegaskan, Kerajaan Pakatan Rakyat amat mementingkan pentadbiran secara telus dan bertanggungjawaban (transparency and accountability) dan berpendapat PKNS perlu mengubah corak pentadbiran supaya menghayati dan melaksanakan kepentingan ini.)”

Hairan dan pelik TSKI hanya mampu membuat dakwaan kosong tetapi tidak menyiasat akan penyelwengan yang disebutkan.

Kita tunggu dan lihat siapa yang akan tergolek lewat isu PKNS ini.

Lawati blog apatakkena untuk ketahui cerita lanjut tentang konflik di dalam PKNS. Soal diri … kenapa MB masih pilih Madam Low Siew Moi?

Bala masih hidup !!!

In Balasubramaniam on October 28, 2008 at 3:27 am

Nak jadi kaya? Jadi macam Bala. Dia masih hidup. Tak tahu berada di mana.
Yang ada cuma panggilan talipon untuk ucap selamat Hari Deepavali kepada keluarga.

Baca berita KOSMO

Penyiasat persendirian kontroversi, P. Balasubramaniam sempat menghubungi keluarganya kelmarin sempena Deepavali walaupun kini bersembunyi di luar negara.

Anak saudaranya, R. Kumaresan berkata, setelah agak lama tidak berhubung, Balasubramaniam berbuat demikian pukul 10 malam kelmarin untuk bertanya khabar sempena sambutan hari Deepavali.

“Kami semua amat sedih kerana tidak dapat menyambut Deepavali bersamanya kerana dia masih berada di luar negara.

“Dia sempat berpesan menjaga diri dan ibunya di kampung,” katanya ketika dihubungi semalam.