no2umno

MB serah BPR siasat bekas Timbalan Naib Canselor

In Berita on October 24, 2008 at 11:19 pm

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat bekas Timbalan Naib Canselor sebuah universiti yang didakwa meniru tanda tangan untuk menyambung kontrak perkhidmatannya.

Beliau berkata, adalah tidak adil baginya untuk membuat sebarang ulasan atau mengadili perkara itu.

“Biarlah BPR saja yang menyiasat perkara ini termasuk mengambil tindakan jika ada bukti kukuh,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. … selanjutnya.

Bodoh aku tak der la sampai ke tua, macam Timbalan naib Canselor ni.

Masa sekolah sekolah dulu, rajin gak aku tiru tanda tangan bapak. Kalau laporan periksa [report card] ada dakwat merah, tak kan berani aku nak serahkan report card pada bapak. Orang tua tu tak der la pelepah bontot, sepak terajang, tapi tengok muka dia, seriau sampai tulang. Kalau lah orang tua tu libas muka aku … zaman kegemilangan hensem aku mungkin akan berakhir… jadi aku ada cukup alasan untuk sign sendiri report card kerana mahu terus hensem ….. cewahhhh ..

ANtara bapak bapak pelajar kelas. Tandatangan bapak aku tu, antara yang paling hebat. Berbelit belit dan macam macam tektik lagi. Itu masalah besar yang aku hadapi setiap 3 kali setahun. Ujian awal, pertengahan dan peperiksaan akhir tahun.

Bila buat sekali tak jadi, buat dua kali tak jadi … report card dah macam kertas tandas.

Dulu tak der cecair pemadam pen seperti yang korang ada sekarang, kitorang padam guna pemadam pen zaman dulu. Sama seperti pemadam pensil biasa, tapi dia seperti berpasir. Kalau tak der pemadam pen, kitorang guna pemadam biasa, tapi letak air liur sikit.

Kalau orang lama tentu tau. Oleh kerana salah, padam, salah, padam. tempat ‘sign’ dah koyak. Tempat koyak tu siap di tampal dengan kertas lain dan kemudian tiru ‘sign’ lagi.

Bila dah sekali menipu, tak kan berani nak bagi report card ka bapak lagi. Dia tengok pun boleh tau punya. Bila kita bagi report card pada cikgu, diorang jeling jeling kita. Cikgu pun dah boleh agak.

Tapi sejak dah besar ni aku tak buat lagi… Kita dah ada tahu pasal undang undang dan kalau ciplak tandatangan … dah kira salah besar tu.

Tapi Timbalan Naik Canselor berita di atas adalah antara ORANG TUA YANG TAK PANDAI PANDAI. Dah berumur tapi perangai macam zaman aku sekolah dulu. Nama universiti, tidak di sebut, tapi kalau melibatkan MB Selangor … kita dah boleh agak IPTA yang mana satu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: