no2umno

Keutamaan untuk Rakyat Selangor

In AMK Keadilan on October 26, 2008 at 12:05 am

melalui email

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Selangor

22 Oktober 2008

Peluang pekerjaan harus diutamakan kepada rakyat negeri Selangor

Melihat kepada senario ekonomi negara yang agak merudum kebelakangan ini, pentadbiran kerajaan negeri Selangor didesak agar memberikan peluang-peluang yang ujud dan akan ujud dari anak-anak syarikat
kerajaan negeri Selangor diutamakan kepada rakyat negeri Selangor yang berkelayakan.

Difahamkan oleh sebahagian kakitangan yang berkhidmat di dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri, terdapat beberapa individu yang dikenal pasti bukannya rakyat negeri selangor atau permastautin negeri
Selangor telah mendapat peluang pekerjaan di organisasi terlibat. Ini telah menimbulkan tandatanya di kalangan mereka.

Kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di seru agar memantau dengan serius keadaan yang kurang menyenangkan perasaan rakyat negeri ini. Kenapa harus diberikan peluang kepada orang luar jika rakyat sendiri ramai yang masih menganggur ? Mengambil pepatah Melayu, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan!

AMK Selangor bertegas agar penomena ini disedari oleh kepimpinan negeri Selangor samada kepada barisan Exco kerajaan yang ada sebahagiannya bukan anak jati Selangor mahupun Menteri Besar. Memang
kita akui, di negeri Selangor ini peluang kerjaya banyak untuk di isi tetapi berikanlah keutamaan kepada rakyat negeri ini yang mempunyai kelayakan.

Bukan bermaksud untuk menyemai semangat kenegerian tetapi adalah menjadi satu obligasi yang utama memastikan rakyat negeri Selangor diberikan peluang yang seadil-adilnya.

Keadilan untuk rakyat negeri Selangor.

Vasu Yaranian
Timbalan Ketua Penerangan AMK Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: