no2umno

PKNS: Bukan soal bangsa

In PKNS on October 28, 2008 at 11:27 pm

Sebelum aku nak komen ni. Aku kena pikir bahawa berita yang akan aku ulas disini adalah datangnya daru media BARUA kerajaan. So … korang pun kena sikit terbuka dan berpikiran matang sekiranya berita ini tidak benar.

Namun jikalau ianya benar kenyataan yang datangnya dari MB Selangor … mari kita ulas.

Keratannya Utusan ini adalah seperti berikut,

Abdul Khalid mendakwa beliau tidak faham apabila ada pihak tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri melantik Siew Moi untuk memangku jawatan itu berbanding memikirkan PKNS didakwa hilang berbilion ringgit.

“Kita mesti memandang berat, marah tukar orang tapi tak marah hilang berbilion ringgit. Kalau ada pendirian berbeza sama ada memilih bumiputera kemudian bagi beratus juta ringgit, atau memilih orang Melayu tetapi hilang berbilion ringgit,” katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau sudah 35 tahun berkhidmat dengan PKNS dan pegang jawatan akaun yang mana beliau sudah biasa dengannya.

“Ini fakta dan pelantikan beliau adalah satu yang logik kerana difikirkan baik untuk PKNS dalam tempoh peralihan ini,” katanya.

Peringatan !!! Masalah berkenaan PKNS tidak ada kaitan dengan isu bangsa. Ada komen komen yang wak terima memang berkisar tentang ‘bangsa apa ‘yang memimpin PKNS. Waspada, isu berkenaan di putar belit kerana soal bangsa memang menjadi tajuk yang menarik untuk membawa korang ke lembah perbalahan. Itu media arus perdana punya kerja. Api kalau disimbah petrol boleh letup woooo. Kaedah sama buat bom Molokov cocktail. Korang jangan terjerat.

Soalnya di sini adalah kerugian berbilion ringgit di dalam PKNS. Tolong jangan lari tajuk.

Kejadian ini sudah belaku sejak dulu lagi. Madam Low bersama PKNS hampir 40 tahun. Dia adalah salah seorang yang berpangkat di dalam PKNS dari seorang yang hanya berjawatan pegawai akaun. Dia di naikkan pangkat ketika Datuk harun salim menjadi boss di PKNS dan serba sedikit terlibat dalam sebarang aktiviti sehingga PKNS kerugian berbilion ringgit.

Bukan masa nya untuk menuding jari antara mereka. Tapi kena bersihkan PKNS dari jalang jalang yang berada di dalam. Kita sebenarnya sudah terlambat dan kaedah yang paling baik adalah buang mereka semua. Siapa di dalam pKNS yang bersih? Susah nak cari. Semua nya dah korup. Jangan kata engineer tak terbabit, kerani tidak bersangkutan, sedankan sekarang semua nak cuci tangan. Kita tutup cerita itu dan langkah yang penting ketika ini adalah bersihkan pengurusan PKNS.

Khalid Ibrahim dah biasa dengan dunia keparat. Bila sebuah syarikat bercadang membeli syarikat lain, pembeli melantik consultant untuk menilai satu satu syarikat. Aset, hutang, rekod kakitangan, akaun dan macam macam butiran tentang syarikat akan diselidiki. kenapa langkah ini tidak dibuat pada peringkat awal dan membiarkan pengurusan lama yang memang dah ternyata korup terus berada di dalam PKNS sampai ke hari ini? Nak tunggu pencen baru nak siasat? Dan kerana Pengurus Besarnya pencen maka di lantik orang yang sekapal dengan nya untuk berada di tempat pengurus besar. Mungkin Madam Low bersih pada Khalid kerana dia tak dapat berita. Tapi kalau dah duduk meeting sekali di dalam membuat keputusan maka orang ni semua tak boleh pakai. Dan yang paling menarik … di lanjutkan tempoh untuk 1 tahun. Tapi aku percaya selepas ini tempoh ini tidak lagi disebut memandangkan, Dato Hassan Ali di tugaskan untuk mencari pengganti.

Kerajaan negeri lain yang mengalami perubahan kerajaan dah buat tindakan ini pada bulan April dulu lagi. Diorang dah siap siap tukar pengurusan anak syarikat dan jabatan di bawahnya.

Aku dapat desas desus dari EXCO dan kalangan kakitangan SUK sendiri bahawa MB Selangor ni keras kepala sikit. Tak mahu dengar nasihat orang lain kerana dia rasa dia dah cukup bijak. Korang ingat DS Anwar boleh tutup mata dengan semua bentuk silap yang dia dah buat? Hari ni nasihat, esok dia buat lagi. berapa banyak lagi kontroversi yang dia nak buat daaaa…..

Selepas ini masalah yang sama akan di hadapi ketika YDP dan Datuk Bandar sampai tempoh untuk di tukar. Di mana perkara ini tidak langsung di beri fokus. Korang bayangkan Datuk Bandar boleh perlekeh EXCO dalam buat keputusan sebab MB dah bagi kuasa pada mereka. Ini langsung tidak boleh di terima kerana ketika UMNO memerintah, taraf Datuk Bandar cuma balaci YB YB. Paling tidak pun respek la sikit kerana mereka kini berada di bawah bumbung yang sama. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum. Tapi YB pemimpin yang di pilih rakyat terpaksa tunduk pada mereka yang di pilih oleh pusat. Dah terbalik tu.

Kita tengokkan apa cerita terbaru pulak hari ini. Namun satu peringatan adalah isu PKNS dan Mdm Low bukan tentang bangsa dan kaum, tapi soal amanah untuk membongkar kehilanan berbillion ringgit wang rakyat Selangor. Melantik orang lama sedangkan MDM LOW sendiri pun perlu DISIASAT. Angka kehilangan bukan sikit beb. Boleh beli helikopter perang tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: