no2umno

PKNS: UMNO sudah mula guna kesempatan

In PKNS on October 29, 2008 at 12:38 am

Sudah ku bilang, sudah ku kata. UMNO akan ambil kesempatan kerana sekali lagi kesilapan yang dilakukan oleh MB Selangor di dalam menyelesaikan masalah yang terlalu mudah.

Baca berita ini ….

Beliau, yang juga ketua bahagian Umno Selayang, mendakwa tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertujuan untuk mengekalkan sokongan bangsa lain terhadap Pakatan Rakyat.

“MB mencari kaedah untuk mengembalikan sokongan-sokongan bangsa lain kepada mereka tanpa mengira maruah bangsa (Melayu) yang dijual.

“Apa yang dibuat (keputusan tersebut), tidak nampak kepada pembelaan terhadap bangsa Melayu,” tambahnya, sambil menyebut kontroversi yang dicetuskan oleh Abdul Khalid berhubung kuota kemasukan pelajar bukan bumiputera ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ogos lalu.

Pemuda Umno Selangor akan menghantar surat bantahan berhubung pelantikan itu kepada menteri besar dalam masa yang terdekat, kata Abdul Syukur. “Selewat-lewatnya awal pagi Khamis (ini),” katanya. – Malaysiakini

Sebenarnya jika Melayu menjadi pengurus PKNS sejak dulu, tidak pernah di persoalkan oleh bangsa lain. Di dalam PKNS semua bangsa bekerja sama. Tak tau mana datangnya idea lalu MB menjadikan Mdm Low sebagai Pengurus sementara yang kononya cukup berpengalaman di dalam pengurusan PKNS.

Benda ni memang dah jangka. UMNO sedang menanti peluang yang cukup lumayan ciptaan MB Selangor. Sebagai penyokong kuat Pakatan rakyat, aku dah letih sebenarnya nak menjawab kalau kenyataan yang keluar dari MB Selangor menyimpang dari tujuan sebenar.

Kerapkali bila MB Selangor di sergah wartawan, jantung aku berdetup detap bimbang kemungkinan jawapan yang keluar. Bila jawapannya tersasar dan di politikkan oleh pihak satu lagi aku letih nak jawab.

Orang tanya aku …” Dulu kau kata PR bagus memerintah, kenapa sekarang ……..” ADuh letih laaaaa…….

MB ada setiausaha politik masing masing. Bukan tu sahaja malah ramai lagi EXCO EXCO yang pandai berpolitik untuk bantu. Soal menjawab wartawan ni, kalau tak bijak, jangan jawab. Wartawan pandai olah tajuk dan soalan sehingga menjadikan ianya sensasi dan mudah jual surat khabar. Itu MB kena bijak. Tapi biar lah tunduk sikit ke bumi untuk terima nasihat. Jangan jadi terlalu degil sampai jadi bodoh sombong.

Masalahnya bukan sekarang beb … tunggu 4 tahun lagi. Ketika waktu hampir pilihanraya dan tempoh berkempen. Ketika itu nanti baru lah sibuk nak cerita baik baik. Dengan isu ini juga, UMNO akan jadikan peluru untuk tembak Pakatan Rakyat. Itu jam … lu pikir la sendiri.

Itu sebab gua cakap ….

Ada akai …… pakai
Ada otak …. jangan simpan dalam kotak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: