no2umno

Archive for the ‘Belit BN Belit UMNO’ Category

Umno ada unsur Islam, tidak perlu dibubar kerana PAS – Adnan mansor

In Belit BN Belit UMNO, Belit Islam Hadhari on July 28, 2008 at 11:36 am

http://www.jahilgoblog.net/gambaq/main.php?g2_view=core.DownloadItem&g2_itemId=5502&g2_serialNumber=2

MStar | Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, cadangan pembubaran Umno dan PAS untuk bergabung menjadi satu parti berteraskan Islam adalah tidak perlu.

“Tidak perlu gabungan. Umno sebagai sebuah parti politik Melayu juga sememangnya berteraskan Islam,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa Umno dan PAS boleh bekerjasama dalam banyak perkara melalui perbincangan terutamanya bagi menanggani masalah orang Melayu dan Islam.

“Tidak semestinya kita bergabung, tanpa penggabungan juga kita boleh berbincang dan buat keputusan,” katanya.

Adnan turut mengakui bahawa beliau sendiri pernah mengadakan pertemuan peringkat individu dengan pemimpin PAS untuk berbincang mengenai masalah orang Melayu.

Tambah beliau penggabungan antara Umno dan PAS akan mewujudkan lebih banyak masalah kerana kedua-dua parti mempunyai prinsip-prinsip perjuangan yang berbeza…. selanjutnya.

UMNO/BN A ‘LIABILITY’ TO MALAYSIANS

In Belit BN Belit UMNO, Belit media, Muzakarah PAS UMNO on July 28, 2008 at 12:24 am

kamaltalksmalaysia | ……UMNO seem to be desperate in regaining ‘power’ and feel that by creating ‘unrest’ in the PR coalition would give them a edge. Since this arrangement by PR partners are relatively new and any ‘unrest’ will create a rift since previous reunions had shown these results. UMNO as usual wanted to expoilt the situation to their advantage.

UMNO’s popularity seems to be diminishing day to day by the rakyat since they are uncaring, ineffective, inefficient and corrupt in every manner and the rakyat seem to feel that they are a liability for the progress of the nation. Recent price hikes, cronyism, corruption and many others are matters that the rakyat dislike which the rakyat is trying to eradicate so that the rakyat can live in peace and harmony.

To make matters worst for UMNO/BN, PR had indicated they will form the next new Malaysian government by 16 September 2008, which the rakyat hope will become a reality. Datuk Seri Anwar Ibrahim had recently also reveal that he is the prime minister in the waiting which had given a boost to the rakyat that their hopes will be a reality.… selanjutnya.

Tiada lagi songkok dan tudung di UIA

In Belit BN Belit UMNO on July 26, 2008 at 3:46 am

tranungkite | ….Tiada lagi songkok dan tudung yang menjadi identiti keunikan UIA kerana kini, seorang yang begitu bijak yang diberi nama Prof Datuk Dr. Tahir Azhar telah mengisytiharkan jubah yang baru dengan topi mortar atas alasan ‘mengelakkan daripada soalan skeptikal dan was-was daripada sesetengah pihak’. Apakah maksud ayat ini? apakah soalan yang sebegitu begitu hebat sehinggakan identiti Islam di UIA itu diketepikan?

Saya ingin bertanya kepada Prof apakah ini bermaksud UIA tunduk dan mengalah kepada ‘fesyen luar’ walhal Islam dan UIA ada identiti sendiri yang unik dan dihargai seantero dunia? apakah sebegitu mudah UIA tunduk menyerahkan identiti Islam kepada identiti lain? Apakah salahnya songkok diteruskan? Lebih baik UIA memperbaiki penghayatan para graduan terhadap Islam, cara-cara untuk memastikan Islam tersemat dalam hati, agar dapat dielakkan isu bekas pelajar UIA ke disko, jadi pelacur, seks rambang dan lain-lain!

Perkara remeh? Saya setuju! Apabila perkara seremeh ini tidak dapat diberikan perhatian, jangan haraplah kita berdaya melawan arus menentang Islam kini. Nas menyebut ‘Barang siapa yang mengikuti adat sesuatu kaum yang lain maka ia adalah daripadanya’. Sekiranya alasan ini dijadikan asas maka saya fikir lebih baik Prof meletakkan jawatan. Ini adalah kerana fungsi UIA bukan sahaja meneruskan dasar pendidikan, tetapi juga sebagai benteng Islam terakhir untuk mempertahankan Islam dan identiti Islam, untuk mempertahankan maslahat umat.

Perkara kecilanpun tidak terdaya UIA untuk mempertahankannya, inikan pula maslahat umat!! Apakah pendirian UMNO terhadap isu ini? apakah parti membela melayu duduk macam kera sumbang diam seribu bahasa? Apakah pendapat Hishamuddin? adakah Menteri Pelajaran mengetahui perkembangan ini? Apakah ini salah satu daripada langkah-langkah menghapuskan unsur Dato’ Seri Anwar Ibrahim di UIA?… selanjutnya.

no2umno – Kalau MP tak pakai songkok ramai yang bising. Kalau graduan tak guna songkok … apa komen?

YAYASAN PAHANG DIPERALAT OLEH UMNO – Mesir.

In Belit BN Belit UMNO on July 26, 2008 at 3:13 am

kampusnegara | Dewan Pemuda PAS Pahang kesal Umno memperalatkan Yayasan Pahang untuk kepentingan politiknya. Dalawatan saya ke Mesir baru – baru ini dapat mendengar sendiri bagaimana keluhan dan rasa kesal para pelajar negeri Pahang apabila melihat bagaimana Umno, mempergunakan kemudahan Yayasan iaitu sebuah bilik di bangunan Haiyu Asyir milik Yayasan Pahang di Mesir untuk menempatkan pejabat Kelab Umno.… selanjutnya.

Dunia sedar ianya KONSPIRASI

In Anwar Ibrahim, Belit BN Belit UMNO, fitnah 2 on July 25, 2008 at 2:30 pm

Ada yang marah bila dunia campur tangan di dalam kes melibatkan bakal Perdana Menteri Malaysia, DS Anwar Ibrahim kali ini. Isu lebih kurang, sandiwara yang sama, pengarah yang serupa. Orang dah muak. Di dalam Malaysia, rakyat sudah lihat semuanya bagaikan ulang tayang kepada peristiwa tahun 1998.

Untuk kali kedua nya, Anwar mahu di tangkap, di bicara dan akhirnya lepas apabila tiada kes yang bersangkutan. Ada pihak yang mahu, Anwar menghabiskan masa bercakap dengan dinding batu selama mungkin. Kalau sebelum ini, 6 tahun di penjarakan, mungkin usaha terbaru ini lebih lama lagi. Berangan ke?

Dan ini antara media yang marah kerana komen dari dunia luar tentang cerita karut terbaru, Sinetron LIWAT 2.

Campurtangan antarabangsa dalam kes dakwaan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya semakin menjadi-jadi. “Hakim-hakim” antarabangsa sudah buat keputusan ikut penilaian mereka diketika polis masih belum lagi selesai siasatan keatas kes yang kontroversial itu.Hari ini agensi berita AFP melaporkan dari Paris tiga bekas orang kenamaan di arina antarabangsa membuat kenyataan bersama mendesak Malaysia gugurkan dakwaan sodomi keatas Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.Ketiga-tiga yang dikenali sebagai kenalan Anwar itu ialah bekas Perdana Menteri Kanada Paul Martin, bekas CEO Bank Dunia James Wolfensohn, and dan bekas CEO Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Michel Camdessus – Agendolbedol.

Anak aku yang sekolah rendah pun ketawa melihatnya, ini kan pula orang dewasa mahu di perbodohkannya. Weyyyy … bro, cari cerita lain la. Bosan ……

Umno gi mapuh

In Belit BN Belit UMNO on July 25, 2008 at 8:52 am

detikdaily | …Dialog peringkat tinggi Umno-PAS perlu dihentikan memandangkan usaha sedemikian boleh menjurus ke arah spekulasi semata-mata, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di sini

TGNA dilaporkan berkata di tv 3 malam tadi,

” Saya orang Melayu 18 tahun jadi MB ditekan bantuan ; dan kini mereka cakap pasal perpaduan Melayu?”

Umno perlu ikhlas dan telus dan bukan sekadar menumpukan kepada kepentingan kumpulan tertentu sahaja.Buktikan keikhlasan mereka dalam memberikan kerjasama terhadap pentadbitan kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan dahulu.

Umno perlu buktikan kejujuran mereka yang kononyanya mereka sangat perihatin terhadap penyatuan orang Melayu dengan membubarkan perlantikan JKKK Persekutuan yang hanya bertujuan memecah belahkan perpaduan masyarakat Melayu dikampung-kampung dan tidak menghormati amalan demokrasi terhadap perlantikan kerajaan negeri yang telah melantik Ketua-ketua Kampung melalui pemilihan yang telah diadakan baru-baru ini…. selanjutnya.

Kitorang nak guna mercedez, korang apa peduli

In Belit BN Belit UMNO, Pembaziran BN on July 25, 2008 at 7:06 am

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said menunjukkan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II) bagi mempertahankan keputusan membeli 14 kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta yang mencetuskan kontroversi.

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said menunjukkan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2008 Para 6 (II) bagi mempertahankan keputusan membeli 14 kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta yang mencetuskan kontroversi. – Bharian

Budaya UMNO … korang tengok wajah wajah EXCO Terengganu di belakang yang juga pengguna kepada bilangan kereta mercedez yang menjadi isu … Begitu tersenyum bangga, walaupun pembaziran berlaku. Seolah olah di mulut mereka berkata … “Kitorang nak guna mercedes, korang apa peduli”.

UMNO dan membazir, budaya yang sukar untuk di luputkan di kalangan pemimpin UMNO. Bila tiba tiba, Ahmad Said boleh bercakap dengan nada serupa ….. dan Pak Lah pun bersetuju menjadi rakan. [ PM setuju kerajaan Terengganu guna Mercedes]

Israel ajak Palestine ke meja rundingan

In Belit BN Belit UMNO, Dollah Pening on July 24, 2008 at 11:20 pm

Bila UMNO berniat untuk bermuzakarah dengan PAS, aku bertanya,

1. Hilang akal ke UMNO?
2. Hmmmmm? [mulut lopong]
3. Ikhlas ke?
4. UMNO Buang tebiat?

Pada PRU ke 11, ketika UMNO menang besar, tak der cerita pun tentang Muzakarah. UMNO hanya cerita tentang muntahkedarah, belasah, sesah. Kalau UMNO ajak bermuzakarah, cerita sama seperti ISRAEL ajak Palestine turun ke meja perundingan? Kalau kita tak mahu Palestin ditipu oleh Israel, maka kita tak mahu PAS di tipu oleh UMNO. Korang pikir la sendiri ….

Niat Muzakarah UMNO…. sama seperti Islam hadhari yang UMNO lahirkan. Hari ni cerita pasal Islam Hadhari, waktu malamnya, UMNO cerita pasal majlis tari menari. Hari ni UMNO cerita pasal muzakarah, esok hari PAS kena sesah.

Bila Pak lah cerita pasal agama …. aku menung lama. Dalam hati, “Pak Lah gurau agaknya.” Ingat dia dah lupa pasal Islam Hadhari….rupanya dia cerita lagi di SINI. Siap nak ajar orang lain tentang Islam. Tapi dalam kepala gua mudah je….”Ulamak bukan keturunan”.

Umno berubah jadi mulia.
Hati kena bertanya tanya.
Jangan di tipu berulang kali.
Orang kata kita dah la buta lagi tuli.
UMNO jadi mulia …..
Hilang akal ke?
Pikir 10 kali
Hantu raya nak cuba jadi wali?
Sampai ke kaki aku terasa geli.

Sikap diskriminasi Umno punca muzakarah tidak diminati – Nik Aziz

In Belit BN Belit UMNO, Muzakarah PAS UMNO on July 24, 2008 at 1:48 pm

Harakah | …Kelantan menjadi mangsa diskriminasi pemimpin kerajaan pusat dan terbaru Kementerian Pelancongan menyekat bantuan sebanyak RM8 juta kepada negeri ini bagi membangunkan bandar pelancongan di Rantau Panjang.

“Selain itu sampai sekarang pegawai kanan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) yang bertanggungjawab bagi projek penanaman padi tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan masjid Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqadumil Ilmi dekat sini, hari ini.

Menurutnya agensi lain di bawah persekutuan termasuk Mara juga menganaktirikan penyokong bukan Umno bagi menyewa premis milik agensi terbabit.

“Baru-baru ini ada penduduk di Tanah Merah diberi borang permohonan untuk menduduki bangunan Mara, tetapi di saat-saat akhir permohonan tersebut ditolak dengan alasan penyokong pembangkang,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai isu pembelian kereta Mercedes Benz oleh kerajaan Terengganu bagi kegunaan Exco dan pegawai kanan beliau mengakui Proton Perdana V6 membabitkan kos penyelenggaraan tinggi.

Namun katanya, kerajaan Kelantan masih lagi menggunakan kereta buatan Malaysia dan Mercedes sedia ada masih digunakan. ... selanjutnya.

DAP tak pernah tipu PAS

In Belit BN Belit UMNO, Muzakarah PAS UMNO on July 23, 2008 at 2:18 pm

normanfernandez | DAP tidak pernah tipu PAS. Begitulah pengakuan Tuan Guru Nik Aziz semasa ditemubual akhbar Siasah. Apabila ditanya Siasah bagaimana Pas boleh berbaik dengan DAP sedangkan dengan UMNO tidak, Tuan Guru Nik Aziz menyatakan :-

“DAP tidak pernah tipu kami, semasa dia hendak keluar dalam pakatan Gagasan Rakyat sebelum ini mereka memberitahu dengan terbuka. Biar pun DAP keluar dari gagasan tetapi tidak macam PAS keluar dari BN sehingga pecah tiga parti itu.
Umno bawa PAS masuk dalam Barisan Nasional maka kami setuju, kemudian apabila sudah tidak perlukan lagi dia tendang kami keluar.”
(Sila baca Siasah edisi 20 – 26 Julai).

Semoga PAS mengambil iktibar daripada kenyataan Tuan Guru.

Semalam suratkhabar-suratkhabar tempatan memaparkan pendedahan Perdana Mentari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengaku bahawa yang UMNO dan PAS telah bertemu sebanyak tiga kali untuk berbincang berkenaan dengan hal kepentingan bersama…. selanjutnya.

no2umno – Adui mak …… satu penghinaan kepada UMNO. Hina … memang hina.