no2umno

Archive for the ‘Belit BN’ Category

Apa Jaminan Ketua Polis Negara Dan Peguam Negara Tidak Terlibat Dalam Siasatan

In Belit BN, Belit MUsa Hassan, Gani 4 Tahil on July 24, 2008 at 10:49 pm

 tranungkite | ….Betul dari segi luaran memang mereka tidak akan terlibat tetapi apa jaminan yang mereka berdua tidak akan mengarahkan pegawai-pegawai bawahan mereka untuk membuat siasatan seperti berlaku pada tahun 1998 dulu? Perlu diingat, kedua-duanya ini adalah antara pihak yang begitu berdendam dengan Dato Sri Anwar. Mereka tahu jika Dato Seri Anwar terlepas kali ini dan berjaya menjadi PM, nasib mereka akan menjadi bertambah buruk apabila segala salahguna kuasa, penyelewengan mereka selama ini akan terbongkar.

Kita lihat saja peguam yang digunakan oleh Ketua Polis Negara ini dalam kes untuk menyaman Dato Seri Anwar ialah peguam yang sama membela salah seorang dari anggota Unit Tindakan Khas yang disyaki membunuh warga Monggolia dulu dan ini membuktikan juga bahawa salah seorang anggota Unit Tindkan Khas itu dipaksa menerima peguambela yang dilantik oleh pihak tertentu kerana untuk mengelakan nama Ketua Polis Negara dan Dato Najib dikaitkan dalam kes pembunuhan itu seperti Akuan Bersumpah pertama Bala.

Semua orang tahu bahawa Akuan bersumpah Bala yang pertama adalah betul dan rakyat tidak percaya akan Akuan bersumpah yang kedua kerana rakyat yakin bahawa Akuan bersumpah kedua dilakukan dengan paksaan atau ugutan bagi menyelamatkan Dato Najib dan Ketua Polis Negara. Apatah lagi isi-isi Akuan Bersumpah Pertama adalah sama dengan isi-isi lapuran polis yang dibuat Bala sebelum perbicaraan kes warga Mongolia itu di mahkamah dulu. Dan Bala kini bukan bersembunyi tetapi disembunyikan kerana bimbang dia akan menarik semula Akuan Bersumpah kedua dan mengekalkan Akuan Bersumpah Pertama. Di mana-mana kini kedengaran suara-suara berkata jika Bala tidak membatalkan Akuan Bersumpah Pertama tempohari, mungkin dia akan mengalami nasib yang sama seperti Altantuya. … selanjutnya.

Mahkamah Malaysia kerja hari Ahad

In Belit BN, Belit BN Belit UMNO on July 13, 2008 at 9:10 pm

zul4kulim

Dimaklumkan bahawa soalsiasat keatas DSAI telah ditukar ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah @ 2pm esok.

Dalam keadaan terdesak, pihak polis telah mendapatkan perintah Mahkamah menghalang DSAI daripada pergi ke Parlimen esok pagi untuk usul undi tak percaya yang akan kami kemukakan di Parlimen esok.

Aku baru tau ada jugak Mahkamah bekerja hari Ahad ek! Malaysia Bolehland!!

Whatever it is, ini adalah pencabulan hak rakyat yang paling asas untuk menghadiri sidang Parlimen.

Dalamn keadaan DSAI seorang rakyat yang merdeka dan bebas, beliau dihalang menghadiri sidang Parlimen.
How deperado can Be End be! Or this is the signal to the demise of Be End.
Adios

artikel lain
Mahkamah Benarkan Polis Tangkap Anwar
ANWAR & SUPPORTERS BANNED BY COURT ORDER TO BE NEAR PARLIAMENT HOUSE

Khaled Nordin pula menghasut

In Belit BN on July 13, 2008 at 2:05 pm

http://web.utm.my/pertisas/index.php?option=content&task=view&id=141&Itemid=1Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan bahawa pakatan pembangkang kini mula menyebarkan dakyah bahawa negara kini dalam keadaan tidak stabil semata-mata bagi mengalih kepercayaan rakyat kepada kepimpinan negara.

Menurutnya lagi,“Sangkaan sebegini sangat penting dalam negara kerana kita susah nak ubah mentaliti rakyat yang sudah dicemari dengan andaian mereka itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kerjaya Bagi Pemimpin Malaysia Akan Datang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Polis sedang membuat sekatang lalulintas menuju ke Parlimen bermula pada hari ini. Sekatan itu melibatkan jalan jalan menuju ke Parlimen. Kononnya, menurut kata polis, pembangkang sedang cuba untuk membuat perhimpunan berdekatan dengan bangunan tersebut.

Negara aman, tapi ada sekatan jalan raya. Tapi yang pelik, pembangkang pula yang di tuduh sebar dakyah. Tak ke hasut dan fitnah namanya?

Detention Without Trial: The Ultimate Obscenity

In Abolish ISA, Belit BN on July 11, 2008 at 12:00 am

moionlybetter | If you thought Bung Mukhtar was obscene, well, this is even more so. This is the epitome of the BN/Umno’s obscene rule.


The above is a picture (I scanned from Harakah) of ISA detainee Shahrial Sirin, detained for 7 years and counting, WITHOUT TRIAL, touching his eldest’s daughter Aina Mardhiah’s face for the last time as soon as he arrived from Kamunting, Perak at Sg Serai, Hulu Langat, at 9.40pm, on the 3rd of July.

The authorities intentionally delayed the decision to allow him to return home to visit his daughter who was in a coma at the Kajang Hospital after falling at her dilapidated house on the 2nd of July.

Aina died 3 1/2 hours before her father arrived.

Above is a picture of the father forced to say goodbye to his one of the remaining four children after burying his daughter…forced to go back to detention so soon after.

His wife Fatma is a strong woman. I can only imagine what she is forced to go through. And her kids…

I can’t write anymore. I am crying. I feel really sad at the continually injustices being perpetrated on our fellow human beings… I know many of these detainees’ wives, some even if just as acquaintances, and I am sorry I have not made the time to visit them…. selanjutnya.

Keuntungan IPP RM7,630,629 juta, subsidi dipotong 5% setiap tahun

In Belit BN on July 8, 2008 at 8:08 am

Suarakeadilan | Dewan hari ini diberitahu bahawa keuntungan sebelum cukai yang diperolehi syarikat Independent Power Produser (IPP) pada tahun kewangan 2006/2007 adalah sejumlah RM7,630,629 juta.

Jumlah itu dikemukakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Devamany S. Krishnasamy (BN-Cameron Highland) dalam jawapan kepada soalan yang dikemukakan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) dalam sesi soalan jawab lisan.

Meskipun pada soalan asalnya Guan Eng turut meminta menteri berkenaan mendedahkan jumlah subsidi gas terhadap IPP yang terpaksa ditangguh kerajaan namun menteri berkenaan tidak menjelaskan perkara itu dalam jawapannya.

Walaubagaimanapun, setelah digesa Guan Eng, menteri itu akhirnya mendedahkan perkara tersebut dengan menyatakan nilai subsidi yang disumbangkan kepada syarikat itu adalah sejumlah RM35,695 juta setahun.

Nilai ini berdasarkan harga jualan gas kepada syarikat itu, sebanyak 70% lebih rendah daripada harga pasaran. Subsidi tersebut hanya akan dikurangkan 5% setiap tahun mulai Julai 2008 sehingga dihapuskan sepenuhnya 15 tahun dari sekarang.

Dengan keuntungan yang begitu besar serta diberikan ganjaran subsidi yang begitu tinggi (70%), jelaslah kenyataan Guan Eng dalam soalan tambahannya bahawa kerajaan BN memelihara kroni-kroni melalui syarikat IPP itu.

Menurut beliau lagi, 27 juta rakyat marhein pula terpaksa menanggung kesan kenaikan harga petrol berikutan tindakan kerajaan menarik semula subsidi akibat langkah penstrukturan subsidi bahan api itu.

Protes gagal atau BN cemburu?

In Belit BN, Belit media on July 7, 2008 at 9:37 am

.
imej dari fotowarung

Using the Army on the streets is sheer folly

In Belit BN, Belit POlis, Belit Tentera, demo minyak on July 6, 2008 at 12:28 am

7ranger | … Click on image to enlarge Malaysiakini’s image. I came across Nathaniel Tan’s blog . I took the liberty of heisting a part of his post. This is the extract:

“There’s a reason we separate military and the police: o­ne fights the enemy of the state, the other serves and protects the people. When the military becomes both, then the enemies of the state tend to become the people.”

I absolutely agree with the above. Policemen are trained to enforce law and order amongst the populace. They do that the moment they are absorbed into training. When they become full fledged law enforcement officers they continue doing what they were trained to do. On the other hand soldiers are trained to kill, from the moment they join the army, their purpose in life is to defend tha country against aggression. Fuel hike protests are not aggression against the country but plain unhappiness of the citizens of the country. They are looking at a country where the robber barons (Barisan Nasional politicians) are plundering the country. The last count according to a foreign report was RM380 Billion lost through mismanagement and mostly corruption. Can you imagine that amount of money, will not even finish, if each citizen is given RM2 million to tide them over at the the age of 58.… selanjutnya.

Rakyat di paksa setuju

In Belit BN, Belit Tentera, demo minyak, Minyak naik on July 5, 2008 at 2:18 pm

Bukan kerana Anwar, bukan kerana TG Nik Aziz atau sesiapa. Rakyat ingin berkumpul dan protes kerana rakyat tidak setuju dengan keputusan kerajaan menaikkan harga minyak. Kalau berita berikut ini benar …. maka rakyat di paksa untuk setuju dengan apa jua rancangan kerajaan.

Tentera Memenuhi Kelana Jaya
niknazmi | Anggota tentera kelihatan di sekitar Kelana Jaya hari ini, menjelang Himpunan Protes esok di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Saya tersilap tengok jadual penerbangan (saya ingatkan saya berlepas pagi esok), jadi insya Allah saya akan hadir di program di sebelah siang.

Atas nasihat polis, kami di suruh menukar tempat perhimpunan ke stadium. Sekarang, apa ceritanya nak gunakan anggota tentera untuk menakut-nakutkan rakyat?

Majlis Peguam Tidak Setuju Angkatan Tentera Dikerah Jaga Ketenteraman Awam

In Belit BN, Tentera on July 4, 2008 at 3:51 pm

bernama | Majlis Peguam hari ini menggesa agar cadangan menggunakan anggota tentera bagi mengawal ketenteraman awam, khususnya semasa perhimpunan, tidak dilaksanakan.

Presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan berkata cadangan itu merupakan suatu bentuk ancaman terhadap orang ramai yang selama ini mempamerkan sikap matang dan bertanggungjawab semasa mengadakan perhimpunan.

“Malah, orang ramai sedar bahawa kerajaan sekarang bergerak ke arah melonggarkan cengkaman terhadap perhimpunan.

Ancaman menggunakan angkatan tentera bertentangan sepenuhnya dengan perkara ini dan sebarang proses pendemokrasian yang kita inginkan.

“Beberapa peristiwa dalam minggu ini juga telah mencetuskan keadaan tidak tenteram. Kami menggesa Perdaan Menteri supaya menangani keadaan kini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Rabu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengumumkan bahawa pasukan tentera akan dipanggil membantu polis bagi menjaga ketenteraman awam sekiranya keadaan keselamatan negara memerlukannya.

Majlis Peguam juga berkata keperluan mengambil langkah sedemikian tidak berlaku pada masa lepas dan dalam dua keadaan baru-baru ini, perhimpunan diadakan secara aman, tanpa berlaku sebarang kejadian buruk.

“Kita patut sedar bahawa kita tinggal Malaysia, yang menjunjung prinsip kebebasan serta menghormati undang-undang.

Kita perlu sedar bahawa agensi penguat kuasa diwujudkan bagi melindungi orang ramai, bukan menanam rasa takut dalam diri mereka dan pegawainya pula perlu bersemangat dalam menjalankan tugas mereka, tanpa rasa takut dan pilih kasih,” katanya…. selanjutnya.

Agong wajib sekat penglibatan tentera bantu polis kawal ketenteraman

In Belit BN, Belit Tentera, Titah Sultan on July 4, 2008 at 4:13 am

Imageharakahdaily – | …. Ia bertujuan untuk membolehkan proses demokrasi berjalan dengan lancar. Apa yang berlaku selama ini, ujar beliau, pasukan polis telah menyekat perhimpunan yang aman yang pada satu ketika pernah disahkan oleh Suhakam sendiri tindakan itu sebagai keras dan keterlaluan.

Dengan itu, kata Aziz lagi, polis tidak perlu mendapatkan bantuan tentera dan adalah lebih baik mereka menggunakan kekuatan dan sumber yang ada untuk mengawal dan menyelesaikan masalah jenayah yang kian meningkat.

Pensyarah Undang-Undang UIAM itu berkata, penggunaan tentera adalah merbahaya dan ura-ura yang disebut oleh Musa Hassan itu telah menghampiri garisan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera sebagaimana yang dipertuntukkan oleh Perlembagaan bertanggungjawab menghalang cubaan untuk mempolitikkan angkatan tentera sebagaimana yang telah berlaku kepada pasukan polis.

“Dalam keadaan yang sedemikian baginda wajib bertindak dan tidak membiarkan diri baginda diperalatkan oleh kerajaan melalui nasihat yang berbahaya kepada Perlembagaan,” tegas Aziz.

Selain Yang di-Pertuan Agong, tegas beliau, kesemua Raja-Raja Melayu adalah Kolonel Yang Dipertua untuk pelbagai regimen, kor dan formasi di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Sementara itu Majlis Raja-Raja juga mempunyai wakil di dalam Majlis Angkatan Tentera yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan…. selanjutnya.