no2umno

Archive for the ‘Belit UMNO’ Category

Kenapa perlu rahsiakan pertemuan?

In Belit UMNO, Msomelayu, PAS on July 21, 2008 at 10:19 am

msomelayu | MENURUT Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beliau sudah tiga kali berjumpa dengan pemimpin Pas dalam rangka bermuzarakah antara satu sama lain. Pejumpaan itu dilakukan secara senyap dan tidak dihebohkan kepada umum.

Perbincangan menerusi muzakarah itu ialah soal-soal kepentingan Melayu dan agama Islam. Beberapa cadangan daripada Pas juga difahamkan disampaikan kepada pengetahuan Abdulah, dan PM itu bersikap positif.

Abdullah menjelaskan pertemuan itu tidak membabitakn Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perlukah penjelasan itu dan apakah pertemuan itu perlu kehadiran Nik Aziz, lagipun beliau tidak berapa sihat!

Semacam ada sesutau mesej yang ingin disampaikan Abdullah apabila beliau menyebut ia tidak membabitkan Nik Aziz. Bahawa Nik Aziz tidak dilibatkan dalam pertemuan itu. Kalau begitu kenapa? Apa ini kerana Nik Aziz menunjukkan sikap kurang setuju dengan muzakarah itu maka beliau tidak diajak sama? Mungkin dengan penyertaannya nanti menyebabkan usaha baik itu tergendala.… selanjutnya.

Biro Tatanegara-alat propaganda BN(umno)&racist

In Belit UMNO, Perkauman on July 20, 2008 at 11:50 pm

anakdesamoden | Biro Tatanegara. Does it ring a bell? Government propaganda or honest student development programme? For those who aren’t aware of it, Biro Tatanegara or BTN for short is under the Jabatan Perdana Menteri and it has several modules which all public university students have to attend in the name of “Student Development”. On the 6th of July 2008 in UiTM Shah Alam, there were three separate talks being held under BTN with the first one being titled “Pendidikan”, second one titled “Ancaman Keselamatan Negara” and the third one titled, “Patriotisma”. Smell anything funny yet? No? Read on. You won’t even have to smell it after you are done reading this. It’ll be stuffed down your throat.

I would like to only focus on the first speaker, Dr. Idris bin Md. Noor. He was supposed to talk about education as that was the title of his speech, but the content was far different. He first went on with the usual introductions but in less than a few minutes, he suddenly touched on the forum on the discussion of social contract in Malaysia that the BAR council organized. He criticized it with all his heart, saying no one should discuss about it as it is unquestionable. Fair enough, I thought at first. Freedom of speech right? But what if he suddenly accuses the “Malay” speaker in the forum, which I’m guessing is Farish A. Noor, as a traitor to the Malay race as a whole? And while he was browsing through his files on the laptop which was projected on the big screen, it was no surprise for me that I saw files entitled “Ketuanan Melayu”. He also then went on about the Malay’s obsession with magic and ghosts, he said that it is all wrong beliefs through the perspective of Islam because if they really could use magic and other dark arts for fighting, then they should kill Karpal Singh with it.… selanjutnya.

PM mahu pecah belah PAS…

In Belit UMNO, Husam Musa, PAS on July 20, 2008 at 11:14 pm

malaysiakini | Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad husam musa 03Badawi mahu menabur benih perpecahan dalam PAS apabila menyatakan beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin peringkat tertinggi PAS.

“Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin ‘decision-makers’ PAS telah tiga kali menemui beliau?

“Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek,” katanya Husam dalam laporan yang disiarkan oleh Harakahdaily malam ini.

Abdullah hari ini mendedahkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin peringkat tertinggi PAS untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan dengan keagamaan.

Bagaimanapun, beliau yang juga presiden Umno dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, pertemuan tersebut tidak disertai Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat…. selanjutnya.

PAS-UMNO: Jangan Main Belakang

In Belit UMNO, PAS on July 20, 2008 at 3:26 pm

kickdefella | ….Dan kita semua masih ingat berapa ramai penyokong PAS yang gugur di tangan Kerajaan Pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional. Berapa ramai pemimpin PAS disumbat ke dalam ISA di bawah kerajaan yang sama.

Oleh yang demikian, sesuatu yang amat pelik dan mustahil untuk PAS menghantar wakil mereka bertemu dengan Abdullah atas dasar kepentingan Melayu dan Islam. PAS bukan Parti Melayu dan PAS dan rakan-rakan politiknya telah membuktikan mereka penegak Islam dan penegak hak agama-agama lain.

Mungkinkah Abdullah sebenarnya bermimpi didatangi oleh sekumpulan dua tiga orang lelaki berserban dan kopiah lalu menyangka mimpi itu sebenarnya benar-benar berlaku dan kerana mereka memakai serban dan kopiah maka mereka tentu dari PAS?

Atau mungkinkah Abdullah benar-benar telah bertemu dengan sekumpulan dua tiga orang lelaki yang membahasakan dirinya ‘ana’ dan memanggil Abdullah sebagai ‘anta’ dan memandangkan pertemuan ini telah berlaku sebanyak 3 kali maka Abdullah yakin mereka ini tentu adalah perwakilan tertinggi PAS.

Mimpi atau tidak, boleh jadi dua tiga orang lembaga berserban atau berkopiah dan berbahasa ‘ana’-‘anta’ ini sebenarnya satu senario dari filem P. Ramlee yang ditonton Abdullah sewaktu mencuri tulang.

Mungkin mereka penyamun dari filem Ali Baba Bujang Lapok atau Enam Jahaman yang masih belum dipangkah mukanya yang mencari Abdullah untuk main belakang bagi mendapat secebis harta pusaka warisan Negara dan bergelar Menteri.

Apa yang pasti, berdasarkan kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, sudah tentu sekali mereka yang datang menemui Abdullah melalui jalan belakang ini bukan mewakili PAS…. selanjutnya.

BN sembunyi fakta rezab minyak negara 6 bilion tong

In belit petronas, Belit UMNO on July 18, 2008 at 1:57 am

harakahdaily | Kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal menjelaskan rizab minyak mentah negara berjumlah sebanyak 6 bilion tong dengan nisbah penggantian simpanan 1.8.

Menurut laporan tahunan Petronas 2007 negara mengeluarkan 700,000 tong minyak mentah sehari dengan lebihan penggunaan domestik hampir 200,000 tong sehari.

Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berkata, sedangkan Malaysia memiliki populasi seramai 25 juta orang, di mana nisbah jumlah penduduk dan keluaran minyak mentah negara tinggi jika dibanding dengan negara-negara pengeluar minyak lain.

“Mesir mempunyai populasi penduduk 82 juta orang dan mengeluarkan 688,000 tong sehari dan penggunaan domestiknya sebanyak 635,000 tong sehari.

“Namun begitu Mesir masih menjual harga runcit minyak pada kadar RM1.03 seliter. Turkmenistan pula mempunyai penduduk seramai 5 juta orang dan mengeluarkan minyak mentah sebanyak 196,000 tong sehari dan menjual harga runcit petrol RM0.25 seliter,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam. … selanjutnya.

Pemuda UMNO tuduh Anwar mahu berhimpun?

In Belit UMNO on July 13, 2008 at 9:14 pm

malaysiakini | Pemuda Umno mahu ‘budaya liar asing’ yang merujuk kepada demonstrasi jalanan yang cuba dibawa oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekang sebelum menimbulkan suasana huru-hara.

hishammuddin hussein 03Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam kenyataan akhbarnya malam ini, berkata perkara itu bakal menjadi satu lagi helah besar Anwar untuk mengalih tumpuan ramai dari kes liwatnya yang sedang disiasat oleh pihak polis.

“Saya menyeru kepadanya (Anwar), cukuplah dengan sandiwara ini, janganlah memperalatkan rakyat yang tidak berdosa untuk memenuhi agenda peribadinya,” katanya.

Bernama melaporkan beliau berkata, sikap yang ditunjukkan Anwar itu jelas menunjukkan seseorang yang hilang pertimbangan kewarasan serta sanggup mengorbankan prinsip demokrasi, keamanan dan kesejahteraan untuk memenuhi impian peribadi dan mengalih perhatian ramai.… selanjutnya.

dan berita lain – Anwar nafi terbabit dalam perhimpunan
ada yang tak kena disini. Lukah sedang di pasang.

Mesyuarat tergempar

In Belit UMNO, TG Haji Hadi on July 12, 2008 at 9:31 am

matsamankati | … Ingatkan hari tu dah OK dah, rupanya Hj. Hadi masih menyimpan dendam. Bila rancangan Program Ikhwan diLondon gagal, dia buat kenyataan. “Tidak ada perundingan dengan Umno, dan ini semua fitnah.” Ustaz Nasha pun nak ambil tindakan terhadap webmasters dan blogger yang buat fitah ini! Last-last, baru mengaku, memang benar depa ada jumpa Umno. Cakap la siang-siang, pasai apa nak main sembunyi?

Apa beza antara Hadi dengan Anwar? Anwar buat terang-terang, nak tarik YB BN masuk Pakatan Rakyat supaya PR take over kerajaan. Hadi buat diam-diam, nak join Umno, lingkupkan PR. Itu saja beza nya.

Banyak orang kata, kenyataan Hadi dibuat sebab dah tak tahan dengan kerenah PKR dan DAP. Boleh labun la. Dah lama dah Hadi dan Nasha tak join program PR. Sejak program 5 MB diPerak dulu lagi, Hadi tak mau hadir dalam program PR. Dah lama dah dia tak minat dengan PR dan hanya menunggu isu-isu yang boleh digunakan untuk menegakkan apa yang dihajatinya. Bukan aku nak salahkan Hadi Awang, sebab sapa-sapa pun boleh merancang, tapi apa yang berlaku ialah takdir yang telah ditentukan. Sebahagian dari evolusi yang tak dapat dielakkan. Kalau Tuhan kata nak berpecah, maka berpecahlah ia. Isu-isu hanya menjadi penyebab.… selanjutnya.

Game over for Muhyddin

In Belit Demokrasi, Belit UMNO on July 11, 2008 at 12:08 am

4-tomorrow | ….True to the dictator tag conferred by Mahathir (it takes one to recognise another), Abdullah Badawi declared that he will hand over the reins as UMNO and BN president to Najib Razak in mid-2010.

His declaration appears to be a nicely timed signal to the grassroots as UMNO branches will begin their AGMs from 17 July onwards.

The move is seen to stifle any further overtures by the camps of Tengku Razaleigh and Muhyddin Yassin in securing the required nominations for the no.1 and no. 2 posts in the party’s national polls in December.

In an immediate reaction, Razaleigh was quoted by Malaysiakini as saying: “This handover thing is unconstitutional and it is not something that should be passed down from one leader to another”.

The Kelantan prince has been seemingly on a lone crusade to challenge Abdullah for UMNO’s top post. Support for him has so far been lukewarm at best.

On the other hand the fight for the deputy president’s post was, until Abdullah’s announcement, turning out to be very interesting with Muhyddin’s camp pressing his case behind the scenes.… selanjutnya.

no2umno – Hikayat Sultan UMNO …. beta lantik anak beta, cucu beta …. dan beta beta beta.

Kerjasama dengan Umno boleh timbulkan masalah � Nik Aziz

In Belit UMNO, TG NIK AZIZ on June 25, 2008 at 12:28 pm

harakahdaily – […] Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan parti itu akan menghadapi masalah apabila meneruskan cadangan berunding dengan Umno.

Mengadakan pakatan PAS dan Umno sebagaimana sebelum ini akan berlaku seperti di Kelantan pada tahun 1970-an di mana wujudnya Berjasa dan Bebas pada waktu itu.

Kalau kita ambil kesempatan berunding pula dengan Umno, jahanam habislah.. bahkan Muktamar PAS yang bakal diadakan di Perak Ogos depan akan menjadi medan mengamuk penyokong.

Oleh yang demikian saya ulangi dan tidak akan ada pertemuan atau rundingan dengan parti itu,� katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Jawatankuasa PAS Pusat malam ini dikatakan akan mengadakan mesyuarat tergempar membincang beberapa perkara termasuk cadangan mengadakan hubungan dengan Umno.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bersama beberapa pemimpin lain bergegas ke Kuala Lumpur petang tadi bagi menghadiri mesyuarat tersebut…. selanjutnya.

no2umno – saya pun rasa cam tu Tuan Guru …..

Sore eyes to the Sarawak Guy

In Belit UMNO on June 19, 2008 at 2:05 pm

darrelwan – This are some photos of the so-called ‘UMNO’ office in Kuching. I’m not sure what’s the purpose of them doing here, but all that nonsense they say in they annual assembly can’t be applied here in Sarawak. Imagine a group of people proclaiming they are the ‘boss’ of the country and all that nonsense like the kris and so forth. Take it from me; If the Kris shows how mighty you are, you better see the Penan, Iban, Bidayuh,Melanau and Orang Ulu swords first.



– The funny thing is that neither party (BN and UMNO) are alike in nature –


The banner says ‘Sokong Oak Lah! Pak Lah Pemimpin Rakyat! By the way, this pemimpin, didn’t he rise the cost of fuel by 78 cents, encouraging protests and giving Sarawak a poor Rm1 billion after all we done? Did you know UMNO actually give money to their members? It’s funny because clubs usually request some money from they members and not the other way around. Enough…